idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » HIBURAN (page 6)

HIBURAN

Pelakon Benjy Dihukum Penjara 11 Tahun

Pelakon Benjy Dihukum Penjara 11 Tahun di negara jiran serumpun kita Indonesia. Benjy yang sebelum ini pernah menggemparkan negara dengan penangkapan beliau kerana kesalahan melibatkan dadah pada tahun 2010 dan tahun 2013. Baru-baru ini Benjy telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara kerana menyeludup dadah dalam duburnya. Untuk laporan penuh admin  kongsikan laporan Metro Online untuk anda semua.

Pelakon Benjy Dihukum Penjara 11 Tahun

PELAKON Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, atau Benjy dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan denda AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan hari ini, selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram dadah methamphetamine. Dia ditangkap pegawai Kastam dan Eksais sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara, 18 April lalu, dan dadah berkenaan ditemui dalam duburnya.

Benjy adalah anak pelakon Azean Irdawaty. Dia pernah berdepan pertuduhan berkaitan dadah di Malaysia termasuk mengedar syabu. Hukuman yang dikenakan itu lebih rendah berbanding 14 tahun penjara yang dipohon pendakwa. “Kami mengisytiharkan Benjy terbukti bersalah kerana memiliki dadah terlarang,” kata Ketua Hakim Wahyu Prasetyo Wibowo.

Di bawah ini berita tahun 2015 yang juga membabitkan Benjy

Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, atau lebih dikenali sebagai Benjy dan rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, 27, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi kerana mengedar dadah. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka dituduh mengedar dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 1.3 kilogram yang ditemui dalam kereta dinaiki mereka ketika sekatan jalan raya di hadapan stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar pada 27 Mac lalu. Ketika mendengar pertuduhan yang dibacakan di depan Majistret Mohd Syafiq Mustaza, kedua-dua suspek hadir ke mahkamah dengan memakai pakaian lokap polis hanya mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan. Mohd Syafiq kemudiannya menetapkan 28 Mei nanti sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Nota kaki : Benjy antara pelakon yang sangat berbakat. Mewarisi bakat arwah ibu nya primadona Azean Irdawati. Tetapi tersalah memilih jalan hidup menjadikan Benjy antara yang akan menghuni penjara di Indonesia. Doakan yang terbaik buat Benjy.

 

20 Sebab Mengapa Filem Tombiruo Wajib Ditonton

20 Sebab Mengapa Filem Tombiruo Wajib Ditonton. Perkongsian dari sahabat facebook yang bernama Muhammad Fatrim. Admin kongsikan satu-satu apa yang ditulis Fatrim. Jom baca.

20 Sebab Mengapa Filem Tombiruo Wajib Ditonton

20 sebab kenapa anda wajib menonton Filem Tombiruo!

1 – Ia adalah adaptasi novel Tombiruo yang telah terjual 100 ribu naskah nukilan penulis thriller NOMBOR SATU MALAYSIA iaitu Ramlee Awang Murshid!

2 – Opening filem yang sangat bombastik! 5 minit pertama memang capture attention penonton dengan keunikan hutan negeri Sabah dan tersergam indah Gunung Kinabalu. Wow!

3 – Bam!! Tiba-tiba saja muncul perkataan TOMBIRUO di layar kaca. Memang taraf Hollywood!

4 – Plot cerita yang lancar dari awal sampai akhir! Satu persatu dirungkai dengan penuh halus dan mendebarkan!

5 – Pelakon mantap gila! Mula-mula saja kau akan nampak Faizal Hussein yang jumpa sesuatu dan kemudian beralih kepada M Nasir! Mereka ni living legend, perkataan yang keluar daripada mulut mereka atau riak wajah adalah bernilai!

6 – Kemunculan WAN SURAYA! Si Nabila Huda itu pun tiba-tiba bertanya soalan kepada Tuan Berham dari celahan orang ramai sambil memperkenalkan diri sangat berkerisma! Hinggakan Tuan Berham lakonan M Nasir terkesima dengan lontaran soalannya. Dan ini menunjukkan betapa berwibawanya WAN SURAYA sebagai wartawan!

7 – Keunikan bahasa Sabah (Bahasa Kadazan Dusun kalau tak silap) yang jarang diketengahkan dalam filem Malaysia! Sangat misteri, unik dan menarik untuk didengar. Pengertiannya juga sangat indah seperti PERKATAAN PERTAMA di filem ini iaitu GOMINAVU ZOU DIAU bermaksud AKU CINTA PADAMU.

8 – Hutan. Hutan adalah latar utama dan boleh nampak macamana hutan boleh membantu manusia dan bagaimana juga hutan boleh membinasakan manusia! Hutan nampak liar sebagai latar tapi hutan juga berjasa dan melindungi manusia yang dimahukannya.

9- ZUL ARIFFIN. Benar, tarikan filem ini adalah Zul Ariffin yang berbadan sasa itu! Meskipun tiada satu pun babak menunjukkan wajahnya. Pergerakannya saja sudah cukup membuktikan bagaimana bersemangat dan berdedikasinya Zul Ariffin menjayakan watak EJIM aka TOMBIRUO ini! Nampak benar yang kali ini lakonan Zul Ariffin bukan sekadar wajah!

10 – Kesemua pelakon meskipun watak tambahan mahupun tempelan memberikan makna kepada filem. ATU ZERO, FAYE KHUSAIRI, watak ORANG GILA kesemuanya memberi makna-makna dan bahasa filem. FAYE meninggal memberi petunjuk, ORANG GILA yang diselamatkan memberi maklumat dan ATU ZERO memberikan dedikasi kepada pekerjaan.

11 – Kamera tidak seperti kebiasaan. Ada banyak kedudukan kamera sesuai dengan keadaan babak. Babak cemas ini anglenya, babak mendebarkan ini anglenya, babak sedih ini anglenya, babak cinta ini anglenya. Dan misterinya satu babak ada kaitan dengan shot kamera dan mood cerita. Membuatkan mata penonton tak berkelip! Pergerakan kamera dan babak selaras dengan keadaan dan memberi makna dan emosi pelakon serta pergerakan cerita.

12 – Babak lawan. Babak lawan memang mantap habis! Melompat ke sana sini EJIM menewaskan musuh dan kemudian muncul pula AMIR yang cuba memusnahkan si TOMBIRUO dan babak lawan paling mendebarkan adalah babak lawan di awal filem dalam air dan sedang hujan. Memang mantap over the top tahap antarabangsa bukan seperti biasanya! Dan rupanya si HASNOL pun dahsyat gila berlawan walaupun dalam movie awalnya dia biasa-biasa saja!

13 – SEMANGAT! Apa yang boleh didapati dari setiap watak adalah SEMANGAT. Semangat WAN SURAYA untuk mencari berita walaupun nyawa menjadi taruhan! Semangat AMIR mencari TOMBIRUO yang dia percaya ada kaitan dengan kepergian isterinya dan semangat EJIM untuk melindungi semua! Semangat yang kadangkala di salahertikan! Semuanya berkaitan dengan SEMANGAT! Dan semangat MONSIRUI yang cuba menyelamatkan kembar yang sepatutnya mati. Semangat alam juga tidak terkecuali!

14 – PENGARAH ternama! Beliau adalah penulis dan pembuat visual effect (CGI) untuk filem hebat Hollywood seperti THE MATRIX, MATRIX RELOADED dan STAR WARS : THE REVENGE OF SITH. Memang mantap dan boleh nampak macamana pengarah meletakkan TOMBIRUO di tahap sama! Visual effect memang kebabom!

15 – ENDING CREDIT yang menimbulkan tanda tanya! Dahsyat filem Malaysia mana pernah ada ENDING CREDIT! Dan pula ENDING CREDIT menulis perkara lain! Apakah misteri tak habis lagi! (Tahu novel ada 3 bersambung) tapi ending credit tak menunjukkan langsung ada upcoming movie atau tak!

16 – KASIH SAYANG. Walau siapapun EJIM, Pondolou tetap menyayangi dan mengingatkan EJIM tentang kebaikan. Mengajar yang mana salah kerana tahu kekuatan Ejim. Pondolou hanya manusia biasa, dia mampu mengawal Ejim kerana dia sayangkan Ejim. Juga kerana sayang Ejim melindungi Wan Suraya! Dia tahu mana satu benar mana satu salah. Dan perkataan CINTA yang diajar kepadanya membuatkan Ejim tahu dan sedar.

17 – Kritikan Masyarakat. Buruk hina adalah jahat! Berkuasa berpangkat perlu dihormati. Lapis-lapis masyarakat ini boleh nampak melalui filem ini. Manusia selalu takut dengan bayang-bayang sendiri. Indah mesti cantik, kaya mesti selamanya kaya sedangkan ada perkara lebih utama dari sekadar indah dan kaya.

18 – 1 JAM 55 MINIT! Terasa cepat berlalu macam tengok setengah jam sahaja! Cerita bergerak pantas hingga tiada unsur lewah dalam penterjemahannya. Hingga mahu keluar pun terasa rugi, hingga terlelap walau sedetik ketakutan tertinggal ceritanya!

19 – TOMBIRUO adalah urban legend masyarakat Sabah yang jarang diketengahkan di mana-mana medium. Balik-balik pasal Gunung Kinabalu atau tempat bersejarah walhal masih banyak lagi cerita unik yang belum ditonjolkan. Ini menampakkan perbezaan. Nak kata TARZAN SABAH pun satu pencapaian! Cerita yang hanya cerita diangkat menjadi filem dan nyatanya tidak mengecewakan.

20 – SKRIP terbaik. Inilah yang paling penting. Penonton akan tertarik jika kata-kata pelakon ada nilai dan makna. Inilah kekuatan sebenar filem ini selain pelakon yang jelas mantap juga lontaran suara dan cara lakonan mereka. Setiap satu perkataan yang diungkapkan adalah penjelasan dan inilah tunjang utama filem TOMBIRUO.

p/s — kalau 5 jam sekalipun, sanggup tengok dan memang takkan perasan masa berlalu! Tahniah team produksi filem TOMBIRUO. Tahniah mengangkat kisah terpencil dari bumi hutan belantara Keningau Sabah ke mata dunia! Tahniah menterjemahkan karya berkualiti dengan hasil berkualiti! 100 bintang di langit and….. WE NEED MORE! ??????????

Biodata Profil Zizi Kirana Penyanyi Rap Seksi

Biodata Profil Zizi Kirana Penyanyi Rap Seksi. Seksi ke Zizi Kirana ni? Beberapa hari ini nama Zizi Kirana menjadi sebutan kerana gambar yang dimuatnaik di akaun instagram beliau menampakkan coli beliau. Jika dilihat dalam instagram Zizi Kirana rata-rata gambar yang dimuatnaik memang agak seksi. Tetapi itu bukan persoalannya di sini. Di sini hari ini admin ingin berkongsi kepada anda semua Biodata Profil Zizi Kirana Penyanyi Rap Seksi ini.

Biodata Profil Zizi Kirana Penyanyi Rap Wanita Seksi

Nama lahir : Nur Fazelah binti Mad Tahil
Nama lain   : Zizi Fabolous Cat, Zizi Kirana
Lahir            : 23 Januari 1985
Asal              : Sabah
Genre           : Dangdut, pop, Hip Hop
Pekerjaan    : penyanyi
Instrumen   : Vokal gitar
Label            : Mixologymusic

Jika dilihat sejarah penglibatan Zizi Kirana, ianya bermula dari program realiti Akademi Fantasia musim ke 7. Di situ lah permulaan karier beliau sebagai penyanyi. Jika kita lihat Zizi Kirana memang boleh membawakan pelbagai genre lagu ada ketika itu. Memiliki suara yang agak unik dari peserta lain iaitu serak-serak basah.

Pada tahun 2009 Zizi Kirana telah menyertai The Fabulous Cats yang diketuai oleh Cat Farish. Semasa itu Zizi Kirana dikenali dengan nama Zizi The Fabulous Cats. Selepas keluar dari The Fabulous Cats Zizi sertai Nukilan. Di sini bakat Zizi Kirana sebagai rappers boleh kita lihat. Tidak mahu terikat dengan nama Zizi fabulous Cats beliau tampil solo dengan menggunakan nama Zizi Kirana.

Biodata Profil Eyka Farhana Pelakon Comel

Biodata Profil Eyka Farhana Pelakon Comel yang ingin kongsikan kepada anda dalam ruangan biodata selebriti hari ini. Tiba-tiba sahaja seminggu dua ini nama pelakon comel berbakat besar ini menjadi sebutan netizen di media-media sosial. Bukan kerana drama atau filem terbaru tetapi nama Eyka Farhana telah dikaitkan dengan penyebaran satu video lucah di laman sosial tumblr yang dikatakan beliau merupakan individu dalam video tersebut. Ini ada serba sedikit Biodata Profil Eyka Farhana Pelakon Comel ini.

Biodata Profil Eyka Farhana Pelakon Comel
Biodata Profil Eyka Farhana Pelakon Comel

Nama penuh : Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi
Nama artis : Eyka Farhana
Tarikh Lahir : 3 Februari 1995 (umur 22)
Asal : Ampang, Selangor, Malaysia
Warganegara : Malaysia
Pekerjaan : Pelakon, pengacara
Tahun aktif : 2011-kini

Kita baca sedikit berkaitan kes video Eyka Farhana yang tular di media-media sosial laporan dari Mstar Online.

PETALING JAYA: Pelakon Eyka Farhana berang apabila namanya dikaitkan selepas penyebaran sebuah video lucah yang dikongsi menerusi laman YouTube sejak Julai lalu. Eyka, 22, berkata, dia menyedari tentang video tersebut selepas ditanya oleh beberapa rakan yang ingin mendapatkan kesahihan berhubung perkara itu. “Itu bukan saya… saya belum gila nak buat video macam itu! Saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba ramai kawan yang tanya mengenainya.

“Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain. Saya geram individu yang muat naik video itu tulis nama saya pula sehingga orang ingat itu adalah saya,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.
Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi diminta mengulas mengenai penyebaran video lucah yang mirip wajahnya.
Video itu telah dimuat naik pada Julai lalu dan kini sudah mendapat lebih 11,000 tontonan.

Eyka kesal tindakan indvidu tidak bertanggungjawab aibkan dirinya. Tambahnya, perkara tersbeut betul-betul mengaibkan ketika keluarga dia masih bersedih dengan pemergian kakaknya pada 23 Ogos lalu. “Saya masih waras daripada terfikir buat perkara tidak bermaruah seperti itu. Lebih menyedihkan ia ditimbulkan ketika saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak,” ujarnya.

Eyka Farhana Dalam pada itu, Eyka berkata, dia akan membuat laporan polis tentang perkara tersebut dalam masa terdekat. “Saya ambil berat tetang isu ini kerana ia melibatkan maruah saya dan keluarga. Petang nanti saya dan pihak pengurusan Mind Order akan membuat laporan polis. “Saya harap individu tersebut keluarkan video itu atau membuang nama saya pada rakaman yang dimuat naik itu,” ujarnya.

 

 

Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 4

Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 4 telah pun diumumkan kepada media semalam. Sebelum kita pergi kepada Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 4 ini kita campak belakang semula juara-juara rancangan Gegar Vaganza ini dari musim pertama hingga musim yang ketiga. Seperti semua tahu tetapi masih ingat ke tidak bahawa juara Gegar Vaganza musim yang pertama ialah Ayai Ilusi, pemenang musim kedua ialah Siti Nordiana (Nana) dan yang terbaru pemenang musim ketiga ialah Azharina.

Untuk makluman semua, Gegar Vaganza adalah salah satu rancangan realiti terbitan Astro yang menggabungkan 12 artis berpengalaman untuk bertanding menyanyi. Untuk musim yang keempat ini sekali lagi 12 penyanyi bakal berentap tetapi terdapat kelainan sedikit apabila artis negara jiran kita Ferhad (Singapura) dan Firman (Indonesia) turut menyertai Gegar Vaganza Empat. Pastinya saingan kali ini lebih menarik. Jom kita lihat Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 4 di bawah ini.

Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 4
Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 4

Liza Hanim

Aishah

Hazami

Raja Azura

Syura

Elyana

Tia Jinbara

Aqasha

Lan Kristal

Haida

Firman

Ferhad

Seperti 3 musim sebelum ini Konsert Gegar Vaganza akan terus diacarakan oleh pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Begitu juga dengan juri, Datuk Ramli MS dikekalkan oleh pihak produksi disamping seorang lagi juri otai yang belum diperkenalkan dan seorang juri undangan setiap minggu.

Pastinya peminat-peminat setia penyanyi Liza Hanim tertunggu-tunggu persembahan lagu Getaran Cinta Di Jiwa, peminat Aishah dengan lagu Janji Manismu dan penyanyi-penyanyi lain yang mempunyi lagu-lagu hits masing-masing satu ketika dulu. Seperti biasa juga peserta Gegar Vaganza akan ada penyanyi-penyanyi rock. Tahun ini kita ada Lan Kristal dan Tia Jinbara dalam Gegar Vaganza 4.

Konsert Gegar Vaganza 4 akan memulakan siarannya pada 29 Oktober 2017. Juara bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.00 di samping hadiah-hadiah lain daripada penaja terutam penaja utama seperti Pamoga Vida Beauty Empire. Pastinya peminat-peminat rancangan Gegar Vanganza tidak sabar-sabar untuk menantikan program ini bermula.

Sumber Gambar