idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » HIBURAN (page 7)

HIBURAN

Sinopsis Filem Tombiruo dan Official Trailer

Sinopsis Filem Tombiruo dan Official Trailer yang dikatakan sebuah filem wajib tonton tahun 2017. Sebuah filem yang diadaptasi dari novel milik novelis hebat Ramlee Awang Murshid. Filem ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ merupakan filem yang berlatarbelakangkan negeri Di Bawah Bayu dan diarahkan oleh Nasir Jani bersama Seth Larney. Filem ini akan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 12 Oktober 2017.

Sinopsis Filem Tombiruo dan Official Trailer

TAJUK : TOMBIRUO:PENUNGGU RIMBA
Tarikh Tayangan : 12 Oktober 2017
Genre : Aksi / Drama
Pengarah : Nasir Jani, Seth Larney
Pelakon : Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Datuk M. Nasir, Faye Kusyairi, Datin Marlia Musa, Dynas Mokhtar, Michael Chan, R. Azmi Ismail
Terbitan : Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf, Layar Sunan

WATAK PELAKON
Zul Ariffin sebagai Ejim
Farid Kamil sebagai Amiruddin
Nabila Huda sebagai Wan Suraya
Faizal Hussein sebagai Pondolou
Datuk M. Nasir sebagai Tan Sri Berham
Hasnul Rahmat sebagai Juslan
Faye Kusyairi sebagai Salina

SINOPSIS TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA
Berkisarkan dendam seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina.

Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.

Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba.

Jadi anda semua dah tengok official trailer filem ini. Bagaimana anda rasa? Adakah anda tidak sabar untuk ke panggung. Jika kita lihat sejarah filem dari Astro Shaw sememangnya filem-filem yang dihasilkan sememangnya mempunyai kualiti yang terbaik. Mari sama-sama kita sokong filem tempatan.

Tombiruo Official Trailer

Tombiruo Official Trailer

Dikirim oleh Info Berita Dalam & Luar Negeri pada 9 Oktober 2017

-SUMBER-

 

Biodata Profil Bront Palarae Pelakon Hebat Malaysia

Biodata Profil Bront Palarae Pelakon Hebat Malaysia artikel yang akan admin Berita Viral Terkini kongsikan kepada anda hari ini. Umum pasti mengenali salah seorang hero Malaysia ini. Dengan bakat lakonannya yang begitu hebat tidak hairan lah Bront Palarae bukan sahaja membintangi drama atau filem tempatan tetapi beliau juga telah mengembangkan sayap lakonannya ke Indonesia.

Biodata Profil Bront Palarae Pelakon Hebat Malaysia

Disebabkan watak “bapak” dalam filem Indonesia “Pengabdi Setan” nama Bront Palarae tiba-tiba menjadi pujaan terutama kepada gadis-gadis di Indonesia. Jika kita lihat lakonan-lakonan Bront Palarae dalam filem tempatan memang tidak dinafikan bahawa lakonan beliau memang sangat mantap. Anda semua pasti ingat lakonan beliau dalam Ola Bola di mana beliau memegang watak sebagai seorang pengulas sukan iaitu pengulas bola sepak.

Nama Penuh : Nasrul Suhaimin bin Saifuddin
Tarikh Lahir : 27 September 1978 (umur 39)
Asal : Alor Setar, Kedah, Malaysia
Pekerjaan : Pelakon, penulis lakonlayar, pengarah filem, penerbit, pengacara
Tahun aktif : 2003 – kini
Pasangan : Rozi Isma (berkahwin 2013)

Selain Biodata Profil Bront Palarae Pelakon Hebat Malaysia kita lihat sedikit latar belakang kerjaya lakonan beliau. Biarpun beliau telah memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2000 menerusi drama TV Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys, hanya pada tahun 2005 nama Bront menjadi sebutan apabila beliau muncul dalam drama bersiri Cinta Tsunami di saluran Astro Prima. Sejak itu, Bront muncul dalam banyak produksi terutama filem melalui watak-watak pembantu. Antara lakonan beliau yang paling menjadi perhatian adalah menerusi watak pemain kugiran dalam filem Man Laksa (2005), anak jalanan Anak Halal (2007) dan pembunuh upahan psiko Setem (2009).

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.

Bront juga pernah bergandingan bersama aktres Dynas Mokhtar pada tahun 2004 untuk mengacarakan program Beat TV selama 2 musim sebelum beliau mengambil keputusan untuk memberi sepenuh perhatian dalam bidang lakonan dan penulisan. Pada tahun 2005 juga beliau menerima tawaran biasiswa daripada kerajaan Itali untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam jurusan Bahasa & Budaya di University of Foreigners, Perugia Itali. Beliau meninggalkan seketika bidang seni selama setengah tahun untuk menyempurnakan kursus tersebut.

Pada tahun 2008 nama Bront mula meniti bibir peminat apabila muncul dalam siri TV Sindarela memegang watak Tengku Hussein, seorang putera raya yang bekerja sebagai mekanik. Gandingan beliau bersama aktres Sharifah Amani ternyata menimbulkan fenomena tersendiri. Keserasian Bront dan Amani kemudian diperpanjangkan lagi dalam siri TV Rona Roni Makaroni pada tahun 2009.

 

Biodata Profil Farah Nabilah Pelakon Cantik

Jom kita kenali seorang pelakon baru melalui Biodata Profil Farah Nabilah Pelakon Cantik manis ini. Sedang hangat ditayangkan di TV3 sekarang drama Titian Cinta lakonan Farah Nabilah bersama dengan hero sado Zul Ariffin  . Membawakan watak gadis serta isteri yang ayu bernama Aishy dalam drama Titian Cinta tersebut. Jom kita baca Biodata Profil Farah Nabilah Pelakon Cantik di bawah ini.

Biodata Profil Farah Nabilah Pelakon Cantik
Biodata Profil Farah Nabilah Pelakon Cantik

Nama Panggilan: Farah Nabilah
Tarikh Lahir: 10 Mac 1992
Umur: 25 (2017)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Pendidikan: Jurusan Psikologi
Kerjaya: Pelakon, Model Iklan
Drama: Inikah Cinta, Papa Ricky, Titian Cinta (2017)
Instagram: https://www.instagram.com/fawaaaa/

Jadi kepada semua peminat Farah Nabilah ataupun Fawaaaa ini teruskan sokongan anda kepada kerjaya seni beliau. Untuk  melihat lebih banyak gambar-gambar beliau terus sahaja ke akaun instagram Farah Nabilah. Anda boleh berinteraksi dengan Fawaaa di situ. Semoga terus sukses admin ucapkan kepada Farah Nabilah.

Biodata Profil Ungku Ismail Aziz Pelakon Serba Boleh

Sekarang tengah hangat ditayangkan drama Dendam Aurora. Dendam Aurora menampilkan Ungku Ismail Aziz sebagai hero dan juga Nabila Huda sebagai heroin. Tidak cukup dengan siang pada sebelah malam pula Ungku Ismail Aziz berlakon dalam drama Teman Lelaki Upahan yang diulang siar semula di TV9. Jom kita kenali beliau melalui Biodata Profil Ungku Ismail Aziz Pelakon Serba Boleh.

Biodata Profil Ungku Ismail Aziz Pelakon Serba Boleh
Biodata Profil Ungku Ismail Aziz Pelakon Serba Boleh

Nama : Ungku Ismail Bin Ungku Abdul Aziz
Tarikh Lahir : 26 Disember 1985
Asal : Johor Bahru , Johor Johor
Kediaman : Kuala Lumpur
Warganegara : Malaysia
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan Mekanikal Pusat pendidikan University Of Strathclyde Glasgow , United Kingdom
Pekerjaan : Pelakon, Pengarah
Tahun aktif : 2006 – kini
Terkenal kerana : Teman Lelaki Upahan
Ketinggian : 6 ft 1.2 in (1.86 m)

Ungku Ismail Aziz juga merupakan salah seorang selebriti yang mempunyai tahap pendidikan tinggi. Sudah pasti dengan pakej lengkap yang dimiliki oleh Ungku Aziz Ismail beliau mudah diterima oleh penonton di Malaysia. Bakat lakonan Ungku Ismail Aziz juga tidak dapat dinafikan memang berkesan. Beliau seorang yang boleh melakonkan pelbagai jenis watak.

Drama
Dendam Aurora (2017)
Pembancuh Kopi Mr. Vampire (2017) HyppTV
Sein dan Luna (2016)
Suami Tanpa Cinta (2016)
Rumi Jawi (2016)
Bibik Bibikku (2016)
Cinta Iris (2015)
Teman Lelaki Upahan (2015) [2] Terlanjur Mencintaimu (2015)
Cici & Roy (2014)
3 Janji (2013)
Cinta Adam & Hawa (2013)
Debunga Lalang (2012)
Tihany (2011)
Syurgamu Ramadhan (2010)
Saka Jentayu (2010)
Dunia Baru

Telefilem
Duit Kahwin (2016)
Tika Suria Mendongak (2016)
Jubah Untuk Airin (2016)
Tragedi Duit Raya (2016)
Travelling Beruang (2015)
Isteriku Bukan Tukang Masak (2015)
Hajat (2015)
Apabila Kau Tersenyum (2014)
5 Beradik (2014)
Seligar (2014)
Bukan Itu Takdirku (2012)
Skizo (2012)
Kashaf Imani (2011)
Cinta Si Bunga Temban (2011)
Antara Garisan (2009)
Sutun 2 (2006)
Teater[sunting | sunting sumber] Wadah (2016)
Tun Sri Lanang (2016)
Wira Samudera (2015)

Jadi kepada semua peminat Ungku Ismail Aziz. Teruskan sokongan anda kepada kerjaya beliau.

 

Biodata Profil Zul Ariffin Pelakon Kacak

Setiap hari jam 7.00 malam pasti akan ada wajah Zul Ariffin di kaca TV anda. Pelakon kacak dan sado ini membintangi drama Titian Cinta. Jadi untuk itu admin kongsikan kepada anda semua Biodata Profil Zul Ariffin pelakon Kacak yang menjadi pujaan para gadis di seluruh Malaysia.

Biodata Profil Zul Ariffin Pelakon Kacak
Biodata Profil Zul Ariffin Pelakon Kacak

Jom kita lihat satu per satu Biodata Profil Zul Ariffin ini.

Nama penuh : Zulkifli bin Ariffin

Nama komersil : Zul Ariffin

Tarikh Lahir : 25 Oktober 1986

Asal : Taiping, Perak

Bakat beliau dikesan oleh seorang pencari bakat dan mula muncul di iklan-iklan di televisyen. Beliau mendapat peranan lakonan pertamanya pada 2008 menerusi drama Awan Dania lakonan Scha Al-Yahya. Pada 2009, beliau memegang watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam drama Gerak Khas arahan Yusof Haslam, bagaimanapun, ‘jodoh’ beliau bersama Gerak Khas tidak berkekalan apabila drama itu “diberhentikan” dua tahun kemudian. Zul melangkah ke layar lebar dengan membintangi filem cetera sulung lakonannya, Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof yang mana beliau memegang watak sebagai Inspektor Zam, bersama Remy Ishak sebagai Inspektor Kamal, filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2010 hingga kejayaan popular.

Selepas Gerak Khas “ditamatkan” dengan episod terakhirnya disiarkan pada 22 Julai 2011, beliau membintangi drama Nora Elena bersama pelakon jelita Siti Saleha yang disiarkan di TV3, beliau dikatakan telah mengalami kesuraman pada 2012, pada ketika beliau mencapai berat badan. Selain itu, beliau tidak menerima tawaran kerja selama setahun setengah. Pada 2013, Zul berlakon dalam satu-satunya drama TV lakonannya pada tahun itu, Luluhnya Sebuah Ikrar bersama Sara Ali dan Ryzal Jaafar.

Bekerja di bawah arahan pelakon senior Ellie Suriati, Zul berlakon dalam filem keduanya – filem seram berjudul Penanggal bersama Fasha Sandha dan diikuti oleh filem ketiga lakonannya, Bikers Kental bersama Awie, Zizan Razak dan Bront Palarae yang ditayangkan pada 23 Mei 2013. Beliau kembali ke bidang lakonan dan ternyata kemunculan semulanya membuahkan hasil apabila membintangi Rindu Awak 200% bersama pelakon dan penyanyi yang sedang meningkat naik, Ayda Jebat yang melakonkan watak Armell Aisya, dan Zul memegang watak sebagai Zill Faezrul Iqba, drama ini disiarkan di TV3 dari 15 Julai hingga 1 September 2014. Profil Zul sebagai pelakon bertambah teguh apabila beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi persembahan cemerlangnya dalam filem Penanggal, sekaligus menewaskan pelakon lain termasuk Karl Shafek (Zaiton Ceritaku), Shukri Yahaya (Ular) dan Syazwan Zulkifli (Juvana).

Pada tahun yang sama, beliau memegang peranan sebagai Airil dalam siri televisyen waktu perdana Slot Akasia TV3, Istikharah Cinta bersama heroinnya, Faye Kusairi yang memegang watak sebagai Dina Alia, seterusnya melakonan watak ketua mafia dalam filem aksi Balistik bersama pelakon utamanya, Rosyam Nor dan Rita Rudaini. Pada 2015, beliau memenangi kategori Pelakon TV Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2015 menerusi lakonannya dalam Rindu Awak 200%.

Beliau digandingkan sekali lagi bersama Siti Saleha menerusi drama Uda & Dara yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Allahyarham Usman Awang yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria dari 24 Februari hingga 6 Mac 2016.

Pada 2017, filem terbaru lakonannya, J Revolusi ditayangkan di pawagam pada 2 Mac, beliau memegang watak sebagai Jay Zulkarnain, seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Zul dilaporkan telah membeli motosikal jenama Ducati Hypermotard untuk digunakan dalam beberapa babak aksi dalam filem berkenaan. Beliau berlakon bersama Nur Fathia menerusi drama Menanti Februari yang disiarkan di TV3, mengisahkan tentang tiga rakan karib iaitu Arie, Fiza dan Edi bersama-sama menaruh hati terhadap Fiza.

Projek terkini beliau ialah menerusi drama adaptasi novel, Titian Cinta yang bersiaran di Slot Akasia TV3. Zul bakal muncul bersama Farid Kamil dalam filem terbarunya, Tombiruo: Penunggu Rimba yang dijangka akan ditayangkan pada Oktober 2017.