idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » HIBURAN (page 9)

HIBURAN

Biodata Profil Elly Mazlein

Ini ada buah tangan kepada semua peminat Elly Mazlein. Seperti yang semua maklum bahawa Elly Mazlein telah pun tersingkir ada juga mengatakan menarik diri dari program Gegar Vaganza 3. Elly Mazlein tersingkir atau menarik diri tersebut berlaku pada konsert minggu duet di mana para peserta GV3 digabungkan dengan peserta-peserta dari GV1 dan GV2. Oleh itu jom kita ketahui Biodata Profil Elly Mazlein bagi mereka yang tidak tahu.

Biodata Profil Elly Mazlein
Biodata Profil Elly Mazlein

NAMA PENUH: Sharifah Aida Mazlina bt Syed Hanafi

TARIKH LAHIR: 17 Disember 1980

TEMPAT LAHIR: Slim River, Perak

ZODIAK: Sagittarius

HOBI: berenang & menghias rumah

PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia

FILEM: Tangkai Jering

ANTARA DRAMA: Gerak Khas, Sembilu, Spa-Q, Puasa Terakhir, Spa Q, Bella, Amanah Karmila, Pelita Buluh

MUZIK KEGEMARAN: Balada & irama Melayu Asli

RANCANGAN KEGEMARAN: MTV & Channel V

FESYEN PILIHAN: simple, elegant & up-to-date

WARNA KEGEMARAN: Biru, merah jambu, hitam & putih

MINUMAN KEGEMARAN: Milo

MAKANAN KEGEMARAN: Makanan laut

PENYANYI PUJAAN: Sharifah Aini & Jennifer Lopez

PELAKON PUJAAN: Datuk Jalaludin Hassan

ADIK BERADIK: 3 (bongsu)

Keterangan dari wikipedia

Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Malaysia . Beliau dilahirkan di Slim River, Perak pada 17 Disember 1980 dan zodiaknya ialah Sagittarius. Beliau mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada tahun 1997 dan telah melahirkan 4 buah album solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan. Ketika bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun begitu pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 buah album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit. Kejayaan itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatu yang juga terjual mencecah 50,000 unit. Elly berjaya mempopularkan lagu-lagu seperti Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Janji Kekasih dan Bungaku Bakawali yang ketika itu merajai carta radio tanah air. Pun begitu, karier nyanyiannya terhenti seketika pada tahun 2005 kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman.

Elly yang mulanya dikenali sebagai penyanyi namun kini lebih dikenali sebagai pelakon setelah disunting oleh pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas. Sejak itu, Elly lebih dikenali sebagai pelakon, dan menempa nama sebagai antara pelakon TV wanita paling laris di Malaysia.

Elly Mazlein Memang Tersingkir Dari Gegar Vaganza 3

Elly Mazlein Memang Tersingkir Dari Gegar Vaganza 3
Elly Mazlein Memang Tersingkir Dari Gegar Vaganza 3

Malam tadi adalah minggu duet bagi Gegar Vaganza 3. Seperti yang semua ketahui bahawa Elly Mazlein Memang Tersingkir Dari Gegar Vaganza 3. Tetapi seperti ada kekeliruan dikalangan peminat gegar vaganza 3 apabila pengacara GV3 iaitu Jihan Muse mengeluarkan satu tweet di twitter nya yang berbunyi “sepatutnya tiada penyingkiran..elly tarik diri..saya pun terkejut dan sedih”

Elly Mazlein Memang Tersingkir Dari Gegar Vaganza 3 dan telah disahkan sendiri oleh Pengurus Saluran Astro Ria Emarina Mohd Kamal dalam temubual beliau bersama dengan Berita Harian. Untuk berita penuh admin kongsikan kepada anda laporan dari BH tersebut.

Musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza terus mencetuskan kontroversi apabila peserta yang diumumkan tidak mendapat lagu untuk konsert minggu kelima, Elly Mazlein bertindak menarik diri daripada pertandingan itu sebelum dia diisytiharkan tersingkir, malam tadi. Menjelaskan tindakannya berundur daripada GV3, Elly memberitahu, dia kecil hati dengan juri tetap, Datuk Ramli MS yang mengaitkan sentimen simpati dan belas kasihan ketika mengulas persembahannya. “Komen Ramli yang menyatakan terpulang dengan belas ihsan Astro sama ada saya mampu bertahan atau tidak, sangat mengecewakan sehingga membuat saya nekad untuk menarik diri.

“Kenyataan itu seolah-olah mengiyakan pendapat netizen yang mendakwa saya bertahan dalam program ini berdasarkan simpati semata-mata. Itu yang membuatkan saya hilang kekuatan dan tiada semangat untuk terus berjuang,”katanya pada sidang media sejurus tamat konsert minggu keempat yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi. Terdahulu, ketika Elly diumumkan tidak mendapat lagu bagi konsert kelima sekaligus tersingkir daripada GV3, ramai peminat dan pengikut program realiti itu bagai tidak percaya dan mempersoalkan keputusan dibuat.

Elly dikatakan memaklumkan pihak produksi mengenai keputusannya berundur daripada GV3 di belakang pentas sebaik saja Ramli memberi ulasan terhadap persembahannya bersama Achong ketika mendendangkan lagu Jangan Menangis Sayang. Gagal mengawal emosi ketika diasak wartawan berhubung keputusannya itu, Elly memberitahu, dia bagaimanapun tidak mahu menuding jari terhadap Astro termasuk Ramli malah menyifatkan insiden berkenaan sebagai dugaan buatnya. “Saya berterima kasih kepada Astro kerana memberi peluang ini.

Lagipun markah saya pada minggu ini memang rendah. Sesuailah dengan keadaan yang berlaku,” katanya. Sementara itu, pada sidang media berasingan, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal menjelaskan timbul kekeliruan mengenai dakwaan kononnya tiada proses penyingkiran peserta pada minggu ini.

Sambil merujuk kepada status Instagram yang dimuat naik pengacara GV3, Jihan Muse yang mendakwa Elly menarik diri selain tiada penyingkiran yang berlaku, Emarina menjelaskan, perkara itu tidak benar dan ia hanya pandangan peribadi pengacara terbabit. “Berdasarkan format sebelum ini, minggu duet memang ada penyingkiran. Elly tersingkir kerana mendapat markah terendah iaitu 74.4 iaitu 0.2 kurang berbanding Sarah yang mendapat 74.6,” katanya.

 

Download Rock Bro Full Movie 2016

Download Rock Bro Full Movie 2016
Download Rock Bro Full Movie 2016

Tahukah anda bahawa sudah ada link untuk Download Rock Bro Full Movie 2016 viral di media-media sosial. Admin memetik laporan berita yang dilaporkan oleh sebuah stesen radio pagi tadi. Dalam laporan itu menyebut bahawa Encik Mamat Khalid boss kepada filem Rock Bro telah membuat laporan berkaitan perkara ini.

Seperti mana yang sedia maklum bahawa Rock Bro baru hanya seminggu ditayangkan di pagawam-pawagam seluruh tanah air dan telah pun mendapat kutipan box office selama dua hari tayangan. Jadi sudah pasti ramai yang mengambil peluang untuk menunggu Download Rock Bro Full Movie 2016 jika ada.

Dari sumber berita dan siasatan admin terdapat satu FB Pages yang “upload” full movie tersebut. Tetapi admin tidak dapat atau jumpa pages tersebut. Kepada pemilik pages tersebut ketahuilah yang Mamat Khalid sedang mencari anda.

Jadi kepada semua yang mengharapkan link Download Rock Bro Full Movie 2016 memang admin tiada link nya. Anda boleh menonton di pawagam-pawagam yang berhampiran. Jangan hancurkan industri filem tempatan. Semua orang pun cari makan.

Tonton Online : SINI

Senarai 30 Lagu Separuh Akhir AJL 31 2016

Ini dia Senarai 30 Lagu Separuh Akhir AJL 31 2016 untuk rujukan semua peminat Anugerah Juara Lagu yang ke 31 (AJL 31). Peringkat separuh akhir Muzik Muzik 31 akan berlangsung selama dua minggu iaitu pada 4 dan 11 November ini secara langsung di Sri Pentas 2, Shah Alam dekat sini. Anugerah Juara Lagu akan diadakan pada 22 Januari 2017.

Sebanyak 30 buah lagu terbaik dipilih ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik untuk merebut 12 tempat terakhir Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31). Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, tahun ini bakal memperlihatkan persaingan bukan sahaja pemuzik arus perdana tetapi juga underground seperti YouTube dan media sosial.

Senarai 30 Lagu Separuh Akhir AJL 31 2016
Senarai 30 Lagu Separuh Akhir AJL 31 2016

Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu Pertama)

1. Takkan Pergi – Hyper Act
2. Sudah Ku Tahu – Projector Band
3. Hang Pi Mana – Khalifah
4. Hancur Aku – Estranged Feat Fazura
5. Terakhir – Sufian Suhaimi
6. Setia – Elizabeth Tan Feat Faizal Tahir
7. Katakan – Harris Baba
8. Demi Cinta – Ezad Lazim
9. Mencinta – Azhael
10. Kekal Bahagia – Ippo Hafiz
11. Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah
12. Ragu-Ragu – Tasha Mansahar & Syed Shamin
13. Seperti Novel Cinta – Shiha Zikir
14. Cinta Sukar Ditafsirkan – Mal Imran
15. Mungkin Saja – Janna Nick
16. Berat – Mark Adam
17. Ada Saja – Amyra Rosli Feat Juzzthin & Waris

Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu Kedua)

1. Di Amaran Mama – Hazama & The Penglipur Lara
2. Obses – Akim & The Majistret
3. Polaroid – Sakura Band
4. Hidup Dalam Mati – Syamel
5. Hingga Ke Jannah – KRU
6. Seindah Mimpi – Jaclyn Victor
7. Pencuri Hati – Ayda Jebat
8. Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip
9. Ku Rela Dibenci – Aiman Tino
10. Selamanya Cinta – Alif Satar & Shila Amzah
11. Kalah Dalam Menang – Syamsul Yusof & Mawi
12. Romeo – Stacy
13. Anugerah Terindah – Black

Wah hebat-hebat lagu yang tercalon kali ini. Semoga berjaya kepada semua yang tercalon ke separuh akhir. Tahniah diucapkan kepada semua artis dan komposer serta penulis lirik.

 

Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 2016

Jom kita lihat Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 2016. Seperti yang semua ketahui tahun 2016 adalah musim yang ketiga bagi rancangan terbitan Astro iaitu Gegar Vaganza bersiaran. Untuk info rancangan Gegar Vaganza ini adalah adalah satu rancangan realiti pertandingan nyanyian yang menghimpunkan penyanyi-penyanyi popular sekitar lewat 80 an dan 90 an.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 2016

Rancangan Gegar Vaganza. Rancangan ini masih mengekal Nabil dan Jihan Muse sebagai pengacaranya, program Gegar Vaganza Musim 3 akan kembali memulakan konsert pertama pada 16 Oktober ini, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria 104 dan HD 123.

Ini lah dia Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3 2016 :

1. Ameng Spring
2. Intan Sarafina
3. Gmie Screen
4. Azharina
5. Razif Ismail
6. Shidee Data
7. Rem
8. Zur Eda
9. Elly Mazlein
10. Zarul Umbrella
11. Siti Sarah
12. Nora

Siapakah yang bakal merangkul juara GV3 kali ini? jom jangan terlepas ikuti konsert mereka hingga ke final. Jangan lupa untuk menyokong artis kegemaran anda. Antara semua dalam Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 2016 ini sudah pasti ada penyokong mereka yang tersendiri. Mereka juga mempunyai kekuatan masing-masing. Tetapi harus diingat bahawa keputusan dalam rancangan Gegar Vaganza adalah seratus peratus dari juri professional dan bukan melalui undian penonton.