idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » JAWATAN KOSONG » Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong UiTM

Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Pulau Pinang mempelawa individu warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi beberapa Jawatan Kosong UiTM seperti ketetapan yang berikut .Universiti Teknologi  MARA (Pulau  Pinang)  dengan  ini  mempelawa  calon-calon  Bumiputra  Warganegara  Malaysia  yang  berkelayakan  dalam  bidang yang  berkaitan  untuk  mengisi  kekosongan  jawatan tetap/harian bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. PENOLONG JURUTERA (BIDANG AWAM) (GRED JA29)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan: 1,418.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan: RM1,826.02)

dan

(d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Kosong UiTM

2. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (GRED N17)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- Jawatan Kosong UiTM

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan:

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas sederas 25 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer).
dan

(d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan: RM983.43)
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W17)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan:

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut; atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan: RM929.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

(Gaji permulaan: RM985.13); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan: RM1,154.33); atau

(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan; RM1,379.92);
dan

(d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (GRED N17)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- Jawatan Kosong UiTM

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan / atau mengambil trengkas.

(Gaji permulaan: RM928.00)
5. PEMBANTU AWAM (GRED H11)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan: RM850.00)

(Syarat tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

dan

(e) Mendapat sekurang-kurangnya gred ‘D’ dalam subjek Matematik pada peringkat Penilaian Menengah Rendah.

6. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) PRAMUSAJI (GRED N17)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji RM54.00 sehari)
II. CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

(b) Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang, UiTM (Pulau Pinang) di http://www.penang.uitm.edu.my/v2/ dan juga boleh dapati sendiri di Pos Pengawal Utama atau di Bahagian Pentadbiran, Tingkat 9, Kompleks Perdana, Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang).

(c) Sila sertakan salinan Sijil, Diploma yang telah disahkan untuk membuktikan semua kenyataan yang diberi. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

(d) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini.

(e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap Tidak Berjaya.

(f) Pemohon-pemohon Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap Tidak Berjaya.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Jun 2015

Sila kemukakan permohonan kepada:-

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
TINGKAT 9, KOMPLEKS PERDANA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PULAU PINANG)
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG

NO. TEL: (04) 3822859/3822857/3822700

Download Borang Jawatan Kosong UiTM

 

 

Check Also

Iklan Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia  

Iklan Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia

Iklan Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia 2019. Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.