Resipi Air Bandung Laici Strawberi. Resipi minuman ini adalah sangat sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika cuaca panas. Bukan itu sahaja, kita juga boleh mencuba resipi minuman ini ketika bulan Ramadan. Sesuai untuk dijadikan minuman ketika berbuka puasa bersama keluarga.
RESEPI AIR BANDUNG LAICI STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
2 sudu makan sirap
5 sudu makan susu cair
1 biji strawberi ] dibelah 4
5 biji laici dalam tin
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Larutkan gula dalam air.
2.Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
3.Masukkan strawberi dan laici.
4.Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.
Kredit : rasa.my