Tips Cara Mudah Pilih Ikan Segar - Berita Viral Terkini
Home » TIPS DAN PETUA » Tips Cara Mudah Pilih Ikan Segar

Tips Cara Mudah Pilih Ikan Segar

Tips Cara Mudah Pilih Ikan Segar. Kalau anda ada masalah untuk memilih ikan yang segar. Ini ada petua yang boleh bantu anda memilih ikan segar sebelum membelinya.

Tips Cara Mudah Pilih Ikan Segar

Apa perlu anda lakukan ialah:-

1)Pastikan warna ikan. Ikan segar sedikit berkilat dan berwarna cerah berbanding ikan tidak segar, yang kelihatan lebih pucat.

2)Cium bau ikan. Ikan segar hanya ada bau hanyir, berbanding ikan lama yang berbau busuk dan sedikit masam.

3)Rasa tekstur ikan. Ikan segar isi keras bila ditekan badannya. Jika lembik, bermakna ikan tersebut tidak lagi segar. Ikan segar apabila ditekan normalnya akan kembali kebentuk asal.

4)Lihat mata ikan. Ikan segar matanya masih berkilat, bersinar dan tidak ke dalam. Jika mata ikan sudah bertukar merah, pudar dan termasuk ke dalam, itu tanda ikan tidak segar lagi.

5)Warna insang ikan. Insang ikan yang segar kelihatan merah dan boleh diregangkan berbanding insang ikan yang sudah lama berwarna coklat kehitaman, keras dan berlendir.

6)Lendir ikan: Ikan yang masih segar biasanya kurang lendir, kalau ada pun, ia hanya sedikit, berbanding ikan lama. Ia bukan hanya berlendir tetapi juga berbau busuk.

Macam mana senangkan petua ini? Jadi mulai hari ini bila ke pasar, ingat enam perkara ini supaya ikan yang dibeli segar. Bila dimasak rasa ikan juga akan lebih sedap.
Sumber

Check Also

Tips Elak Curang Dengan Pasangan Oleh Dr Mahyuddin  

Tips Elak Curang Dengan Pasangan Oleh Dr Mahyuddin

Tips Elak Curang Dengan Pasangan Oleh Dr Mahyuddin. Admin sangat tertarik dengan satu hantaran yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.