Tag Gambar Motosikal Yamaha Tahun 80 Dan 90 An - Berita Viral Terkini
Home » Tag Archives: Gambar Motosikal Yamaha Tahun 80 dan 90 an

Tag Archives: Gambar Motosikal Yamaha Tahun 80 dan 90 an

Gambar Motosikal Yamaha Tahun 80 dan 90 an

Gambar Motosikal Yamaha Tahun 80 dan 90 an yang pernah menjadi fenomena dalam negara kita satu ketika dulu. Bukan setakat zaman 80 dan 90 an sahaja tetapi masih ada lagi tuan punya motosikal-motosikal ini yang masih menggunakan motosikal ini sehingga sekarang. Harga motosikal ini juga memang melonjak tinggi kerana ada di antara motosikal model Yamaha yang dikeluarkan pada tahun 80 dan 90 an merupakan barang “rare” dan menjadi klasik pada masa sekarang.

Jadi mari kita lihat satu persatu Gambar Motosikal Yamaha Tahun 80 dan 90 an yang sememangnya sudah menjadi legend kepada semua peminat-peminat motosikal kapcai.

Yamaha Sports 100
Yamaha Sports 100

1. Yamaha Sports 100
Pernah popular suatu ketika dahulu di pasaran Malaysia, Yamaha 100 Sports muncul sekitar tahun 1980-an sehinggalah awal tahun 1990-an. Seingat saya model ini bersaing hebat dengan model Suzuki RC dalam kategori enjin dua lejang yang juga popular ketika itu. Yamaha 100 Sports kemudiannya digantikan dengan model Yamaha 100 Sports 2.

Yamaha Sports 2
Yamaha Sports 2

2. Yamaha Sports 2
Selepas kejayaan generasi pertama Yamaha 100 Sports di pasaran Malaysia, generasi kedua model itu telah diperkenalkan sekitar awal tahun 1990-an. Diberi nama Yamaha 100 Sports 2, bagaimanapun model berkenaan gagal meraih populariti seperti sebelumnya.

Yamaha SS
Yamaha SS

3. Yamaha SS
Model yang berjaya mencipta fenomena tersendiri di zaman kegemilangan motosikal kapcai segmen 2-lejang pada era 1990-an, Yamaha 110SS ternyata sangat popular sewaktu ianya muncul di pasaran. Yamaha 110SS (Yamaha Sports 110SS, Yamaha Y110SS) merupakan kesinambungan kepada model Yamaha Sports 100

Yamaha SS Two
Yamaha SS Two

4. Yamaha SS Two
Pada tahun 1995 Yamaha 110SS telah digantikan dengan generasi terbaharu Yamaha SS Two Racing Spirit yang dikatakan lebih laju dengan enjin yang ditala untuk lebih berkuasa. Bagaimanapun ketika itu, populariti Yamaha SS Two Racing Spirit agak tenggelam disebabkan Suzuki mendominasi pasaran dengan model Suzuki RG Sport dan juga Suzuki RGV.

Gambar Motosikal Yamaha Tahun 80 dan 90 an
Gambar Motosikal Yamaha Tahun 80 dan 90 an

5. RX-S 1980
Sebelum kemunculan model Yamaha RX-Z di pasaran tempatan sekitar pertengahan tahun 1980-an dahulu, model Yamaha RX-S terlebih dahulu menjadi popular. Pada waktu itu, memiliki sebuah RX-S adalah suatu kebanggaan bagi setiap pemiliknya. Sewaktu RX-Z mula diperkenalkan, ramai yang telah mendapat inspirasi untuk mengubahsuai RX-S dengan penampilan mirip RX-Z. Kini kelibat Yamaha RX-S amat jarang dapat dilihat, maklumlah ketika ini ianya sudah menjadi sebuah model klasik. Untuk generasi baharu yang mungkin tidak pernah melihat reka bentuk Yamaha RX-S, gambar di atas merupakan antara contoh terbaik. Menurut Yamaha, gambar tersebut menunjukkan model Yamaha RX-S keluaran tahun 1980 untuk pasaran Malaysia.

RX Z 1986
RX Z 1986

6. RX-Z 1986
Salah sebuah model motosikal legenda di pasaran Malaysia yang ternyata sangat popular ialah Yamaha RX-Z. Sehingga kini model tersebut masih menjadi kegilaan ramai remaja dan anak muda kerana prestasi yang ditawarkan sangat memuaskan. Di atas adalah gambar Yamaha RX-Z, yang mana gambar generasi pertamanya untuk model tahun 1986

RX S 1988
RX S 1988

7. RX-S 1988
Yamaha RX115 (Yamaha RX-S) terlebih dahulu berjaya menarik perhatian ramai pengguna sekitar awal dan pertengahan 1980-an dahulu. Yamaha RX115 dikuasakan enjin dua lejang dalam kapasiti 115cc, dengan padanan transmisi lima kelajuan. Seingat penulis semasa kecil dahulu, peminat motosikal yang tidak mampu membeli RX-Z akan mengubahsuai RX-S, dan hasilnya tidak mengecewakan.Yamaha RX115 bukan saja popular di pasaran Malaysia, malah juga popular di pasaran Thailand, Pakistan, Turki, Uruguay, Singapura, Venezuela dan Colombia.

RXZ 6 speed
RXZ 6 speed

8. Yamaha RX-Z 6 Speed 1989
Yamaha RX-Z yang masih lagi kental dengan gaya rekaan dan skim warna klasik. Namun ianya sudah dilengkapi dengan sistem transmisi 6-kelajuan. Mungkin ini adalah model yang dikeluarkan pada sekitar tahun 1989 – 1992, sebelum digantikan dengan RX-Z generasi baharu yang lebih moden.

RX-Z 1991
RX-Z 1991

9. Yamaha RX-Z 1991
Gambar menarik Yamaha RZ-X 135 keluaran tahun 1991. Berdasarkan paparan imej Yamaha RZ-X 135 1991 yang penulis siarkan di sini, kelihatan grafik perkataan ‘2-Stroke Power’, ‘Unity of Man and Machine’, ‘Elementalism 135 RZ-X’, ‘Sport Production’ dan ‘Ecological Mechanism’ pada badannya. Padanan warna keseluruhan termasuk warna hitam pada rim aloi juga kelihatan menarik dan sporty.

RX-Z 1994
RX-Z 1994

10. Yamaha RX-Z 1994
Gambar Yamaha RX-Z model keluaran tahun 1994, yang diperolehi daripada sumber Yamaha Motor Co., Ltd.

RX-Z 2007
RX-Z 2007

11. Yamaha RX-Z 2007
Gambar Yamaha RX-Z model keluaran tahun 2007.

Kredit dan sumber : Segala gambar dan penceritaan adalah berdasarkan maklumat yang diambil dari laman web ARENA PERMOTORAN