PKP Sehingga 4 Februari Sahaja Tidak Akan Disambung. Adakah ini salah satu berita baik buat seluruh rakyat Malaysia? Sudah pasti apa yang dibuat oleh pihak kerajaan akan memberi manfaat kepada rakyat.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaan PKP.
Sehubungan itu, katanya, PKP yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini akan disambung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“PKP pada asalnya dijadual untuk dilaksanakan dalam tempoh dua minggu (sejak 13 Januari lalu) dan kesan pendekatan ini memerlukan masa.
“Kalau kita laksanakan PKP selama empat minggu, sampai awal Februari, ia kemudian disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang.
“Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei, kita akan dapat turunkan kes (kadar jangkitan harian) kembali ke dua angka,” katanya pada sesi taklimat bersama media yang diadakan secara dalam talian, hari ini. -BH Online-