12 Pegawai Trafik Pulau Pinang Direman Sprm - Berita Viral Terkini
Home » BERITA » 12 Pegawai Trafik Pulau Pinang Direman SPRM

12 Pegawai Trafik Pulau Pinang Direman SPRM

12 Pegawai Trafik Pulau Pinang Direman SPRM. Kes rasuah di negara kita memang tidak mengenal sektor, pangkat dan jawatan. Terbaru kes yang berlaku di Pulau Pinang.

12 Pegawai Trafik Pulau Pinang Direman SPRM

Menurut laporan akhbar Berita Harian Online Seramai 12 pegawai Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Polis Pulau Pinang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah, ditahan reman tujuh bermula hari ini.

Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Nur Fadrina Zulkhairi.

Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan kerana menerima suapan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, kesemua mereka yang digari secara berpasangan, dibawa dengan van dan kereta SPRM, tiba di Mahkamah Majistret di sini, jam 10.30 pagi ini.

Sumber berkata, antara pangkat pegawai yang ditahan itu termasuk Superintendan, Asisten Superintendan dan Inspektor.

Mereka ditahan di pejabat masing-masing yang terletak di ibu pejabat kontinjen polis Pulau Pinang dan ibu pejabat polis daerah di sebelah Seberang Perai.

Difahamkan, kumpulan anggota dan pegawai terbabit menerima suapan daripada syarikat pengangkutan supaya tidak mengambil tindakan terhadap pelbagai kesalahan yang dilakukan pemandu lori masing-masing.

Hasil siasatan mendapati, jumlah jumlah suapan dikumpul mereka mencecah sehingga RM500,000 dan masing-masing menerima di antara RM10,000 hingga RM25,000 sebulan.

Check Also

 

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10000

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10,000. Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.