slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Azwan Ali Didenda Rm 17 Ribu - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » HIBURAN » Azwan Ali Didenda RM 17 Ribu

Azwan Ali Didenda RM 17 Ribu

Azwan Ali Didenda RM 17 Ribu. Azwan Ali atau turut dikenali sebagai Diva AA telah didenda sebanyak Rm17,000.00 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19, Selasa lalu.

Azwan Ali Didenda RM 17 Ribu
Azwan Ali Didenda RM 17 Ribu

Hakim Azura Alwi juga memerintahkan Azwan, 54, yang menggelar diri sendiri sebagai Diva AA, menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, mahkamah menasihatkan semua pihak supaya menghormati petugas yang berada di barisan hadapan dan bersama-sama menangani wabak COVID-19.

Terdahulu, Azwan Ali yang hadir berpakaian serba hitam, yang menggunakan laman Youtube “DIVAAATERSOHOR” didakwa secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain yang ditonton di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya di Putrajaya, 24 Mac lalu.

Penghantaran itu kemudian dilaporkan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, jam 4.59 petang, pada 25 Mac 2020.

Azwan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, sabit kesalahan boleh penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Azwan yang diwakili peguam bela daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ammanjeet Singh, dalam rayuannya memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan ia adalah kesalahan pertama selain sudah membuat permohonan maaf menerusi semua akaun media sosial miliknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Radzi Shah Ab Razak, membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan situasi sekarang di mana semua pihak harus belajar untuk menghormati mereka yang bekerja di barisan hadapan.

“Hantaran ini dikeluarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dibuat dan ia adalah perkara yang serius. Sekiranya berulang ia akan memberi satu impak yang tidak baik,” katanya.

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula 18 Mac lalu, mahkamah di seluruh negara ditutup dan hanya beroperasi untuk mengendalikan kes baharu, reman dan permohonan jaminan dengan kehadiran minimum.

Susulan itu, petugas media yang sudah berkumpul seawal jam 8 pagi tidak dibenarkan masuk ke perkarangan dan kamar mahkamah, sebaliknya hanya mendapat maklumat daripada pihak pendakwaan.

Rabu lalu, Azwan tampil memohon maaf menerusi rakaman video berdurasi 4 minit 16 saat yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Ia susulan tindakan Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang menjejaskan imej hospital itu dan kredibiliti kakitangan serta pegawai perubatan dalam mengendalikan COVID-19.

Dalam kenyataan itu, Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said, dilaporkan berkata, video pertama dipercayai milik seorang selebriti yang mempunyai impak tontonan tinggi.

Video kedua pula adalah dari saluran YouTube, milik seorang lagi selebriti yang memperkatakan dan menyokong isu dibicarakan oleh pemilik selebriti pertama.

Difahamkan video pertama milik penyanyi, Dayangku Intan dan kedua daripada Azwan Ali. -BH Online-

Check Also

Biodata Profil Alya Iman Azmil Mustapha  

Biodata Profil Alya Iman Azmil Mustapha

Biodata Profil Alya Iman Azmil Mustapha. Pastinya anda seakan mengenali pelakon muda berhijab ini tetapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88