slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Biodata Najib Razak - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » INFORMASI » Biodata Najib Razak

Biodata Najib Razak

Jom kenali siapa sebenarnya Najib Razak. Orang nombor satu dalam Malaysia. Tidak lain dan tidak beliau adalah YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Jadi admin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kepada semua pembaca Portal Paneh Miang tentang Biodata Najib Razak Perdana Menteri Malaysia Ke 6 atau lebih protokol lagi YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Biodata Najib Razak

Nama : Mohammad Najib Abdul Razak

Tarikh Lahir : 23 Julai1953

Asal : Kuala Lipis, Pahang, Malaysia

Parti politik :  United Malays National Organisation (UMNO)

Isteri : Rosmah Mansor (1987–present)

Anak : Mohd Nizar

Puteri Norlisa

Mohd Nazifuddin

Nooryana Najwa

Norashman

Untuk maklumat lengkap jom kita baca sendiri biografi YAB Datuk Seri melalui laman web rasmi beliau.

BIOGRAFI
Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa saya telah dilahirkan ke dalam politik. Kedua-dua ayah dan bapa saudara saya pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apabila ayah saya meninggal dunia pada tahun 1976, secara tidak disangka saya terus terlibat dalam arena politik secara langsung.

Lima minggu selepas ayah saya, Tun Abdul Razak, meninggal dunia, saya dipilih untuk bertanding di Parlimen Pekan yang ditinggalkan Allahyarham ayah saya. Umur saya ketika itu hanya 22 tahun dan saya telah mencatat sejarah sebagai Ahli Parlimen paling muda dalam sejarah Malaysia. Hampir empat dekad kemudian, setelah memimpin dan berkhidmat dalam pelbagai bidang, saya kini berada di mana ayah saya pernah berada.

Saya dilahirkan pada tanggal 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Dalam tahun pertama saya sebagai Ahli Parlimen, saya turut dilantik sebagai Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos (saya juga kemudiannya berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Kewangan).

ERA BARU UNTUK SAYA
Tahun 1982 mungkin menjadi titik penting dalam kerjaya politik saya. Ketika itu saya menjawat jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO. Perdana Menteri Malaysia yang baru pada waktu itu, Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Pekan. Setelah berjaya memenangi kerusi tersebut, saya telah dilantik menjadi Menteri Besar Pahang ketika umur saya baru mencecah 29 tahun.

Pada tahun 1982 juga saya telah memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Yayasan Pahang, sebuah yayasan yang bermatlamat untuk memajukan bidang pendidikan dan sukan dalam kalangan belia Pahang menerusi biasiswa dan pembiayaan.

KESINAMBUNGAN WARISAN
Pada pilihanraya umum 1986, saya kembali menjadi Ahli Parlimen Pekan dan dilantik menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dengan serta merta saya terus memberikan fokus kepada perkembangan sukan negara dan memperkenalkan Dasar Sukan Negara pada tahun 1988.

Dalam tempoh yang sama, saya juga telah dilantik menjadi Ketua Pemuda bagi UMNO (Baru) dan kekal memegang jawatan tersebut sehingga 1993.

Pada tahun 1991, saya dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Empat tahun kemudian, saya diberikan cabaran baru apabila bertukar portfolio kabinet dan mula berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan.

Dalam tempoh empat tahun saya memegang jawatan tersebut, saya telah meletakkan mekanisme-mekanisme yang berupaya memperkasakan satu generasi rakyat Malaysia untuk menempuh cabaran-cabaran masa hadapan.

Pada tahun 1999, di sebalik ketidaktentuan politik yang melanda negara setahun sebelumnya, saya telah memenangi semula kerusi Parlimen Pekan. Seterusnya, saya dilantik sebagai Menteri Pertahanan buat kali kedua dalam kerjaya politik saya.

MENEROKA CABARAN BARU
Setelah hampir tiga dekad berkhidmat untuk rakyat, saya telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2004. Saya telah diberikan tanggungjawab serta portfolio yang luas, termasuklah penyeliaan ke atas FELDA, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), dan Suruhanjaya Pilihanraya. Saya turut mempengerusikan lebih daripada 28 Jawatankuasa Kabinet yang merangkumi pelbagai isu.

Pada tanggal 3 April 2009, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, saya telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, menggantikan YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

TRANSFORMASI POLITIK
Saya percaya, untuk menuju ke arah sebuah negara demokrasi yang moden, maju dan berwawasan, Malaysia perlu menerima perubahan dan membuat penyesuaian agar kekal relevan sekaligus melindungi hak serta kebebasan rakyat.

Sejak saya mengambilalih pentadbiran negara, saya telah melaksanakan beberapa pakej transformasi politik paling drastik dalam sejarah Malaysia sejak kemerdekaan. Sebagai contoh, Ordinan Darurat telah ditamatkan. Di samping itu, undang-undang era penjajah iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara telah dimansuhkan. Lesen kawalan penerbitan akhbar turut dihapuskan manakala larangan kepada pelajar menyertai parti politik telah ditarik balik. Saya juga telah berikrar untuk mengkaji semula Akta Hasutan.

Saya juga telah melancarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan awam, meningkatkan kecekapan dan menjadikan kerajaan lebih telus. Selain inisiatif ini, saya juga memperkenalkan Model Ekonomi Baru dengan pembaharuan-pembaharuan demi mewujudkan satu persekitaran bisnes yang kondusif kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan dan pelaburan. Matlamatnya adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Saya turut percaya bahawa negara kita perlu melalui satu perjalanan ke arah transformasi dalam konteks Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Konsep 1Malaysia yang saya perkenalkan adalah tunjang kepada niat murni ini, dan saya sentiasa menekankan kepentingan perpaduan nasional tanpa mengira bangsa mahupun kepercayaan agama.

Check Also

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020  

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020. Apakah intipati perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88