slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Harga Perodua Aruz Rm72k Hingga Rm77k - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » TEKNOLOGI DAN AUTOMOTIF » Harga Perodua Aruz RM72K hingga RM77K

Harga Perodua Aruz RM72K hingga RM77K

Harga Perodua Aruz RM72K hingga RM77K itulah harga anggaran yang telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad. Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) hari ini membuka tempahan untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharunya, Perodua Aruz yang bakal dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Model SUV tujuh tempat duduk itu ditawarkan menerusi dua pilihan varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance dengan anggaran harga antara RM72,200 dan RM77,200.

Katanya, SUV itu juga menampilkan lima pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.

“Perodua Aruz dijangka melengkapkan barisan produk kami yang sedia ada dan berdasarkan pakej produk yang ditawarkan, kami mensasarkan jualan purata bulanan sebanyak 2,500 unit atau 31,200 unit untuk tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Zainal Abidin berkata, Perodua Aruz turut menerima pengiktirafan lima bintang ujian Program Penilaian Keselamatan Kereta baharu di Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

“Turut menyumbang kepada penarafan lima bintang ASEAN NCAP bagi model baharu ini adalah ciri-ciri seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Daki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara. Ciri ini terdapat pada kedua-dua varian.

“Selain itu, varian Advance dilengkapi sistem bantuan pemanduan selamat (ASA) yang dipertingkatkan, dinamakan sebagai ASA 2.0.

“Pembaharuan ciri ini adalah pengesan pejalan kaki sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan kelajuan operasi yang ditingkatkan sehingga 100km/j untuk Amaran Pra Pelanggaran dan 80km/j untuk sistem brek Pra-Pelanggaran,” katanya.

Menurut beliau, Perodua Aruz dikuasakan enjin empat silinder 1.5 liter blok aluminium dengan Dual VVT-i dipadankan dengan transmisi automatik yang dikawal secara elektronik (E-AT).

“Ia digabungkan dengan sistem Henti Melahu (Eco Idle) yang menawarkan kecekapan bahan api sehingga 15.6km/l sekali gus memberikannya status kenderaan cekap tenaga (EEV),” katanya.

SUV itu turut didatangkan lampu depan LED dengan fungsi Follow-Me-Home (lampu auto pada varian Advance), selain menampilkan rim aloi dua tona 17 inci dengan ketinggian 220mm dari aras tanah.

Selain itu, akses pintar dengan butang penghidup enjin adalah standard, manakala varian Advance menerima penambahan lampu kabus dan rel bumbung.

Bahagian dalaman untuk varian Advance menerima kemasan kerusi kulit dan stereng yang dibalut dengan kawalan terima panggilan serta perakam video memandu bersepadu. Ia juga dilengkapi HDMI, Smart Link, Bluetooth dan sistem navigasi.

Sementara itu, Pengarah Urusan PERODUA Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, berkata meskipun dasar harga produk Perodua di bawah RM60,000 yang disifatkan mampu milik, penetapan harga untuk Perodua Aruz berbeza tetapi masih dianggap mampu milik bagi sebuah SUV.

Katanya, definisi baharu penetapan harga Aruz diguna pakai kerana ia berada di bawah segmen B SUV, namun ia kekal lebih rendah berbanding jenama lain.

“Aruz adalah model transformasi selepas Axia, Bezza dan Myvi di mana ia memiliki nilai terbaik untuk sebuah SUV selain memiliki piawaian baharu dari sudut kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan keselamatan,” katanya.

INFO:

Perodua Aruz

  • Dua varian ditawarkan: 1.5 X dan 1.5 Advance
  • Lima pilihan warna: Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.
  • Ciri standard: Radio skrin sentuh dengan paparan kamera undur, penghawa dingin digital dengan dua tetapan memori, corong penyaman udara untuk penumpang belakang dan alat pembaca kad tol terbina dalam.

SUMBER

Check Also

Ciri-Ciri iPhone 11 Dan Harga Pasaran Malaysia  

Ciri-Ciri iPhone 11 Dan Harga Pasaran Malaysia

Ciri-Ciri iPhone 11 Dan Harga Pasaran Malaysia. Seperti biasa iphone akan mengeluarkan model terbaru. Ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88