Kisah Sebenar Sebalik Mencuri Kerana Anak Demam. Tular di media-media sosial berkaitan perkara ini. Dan ini adalah salah satu contoh positif yang ditunjukkan oleh pihak PDRM.
Sedih .. ? Ibu terdesak curi kerana anak demam, Ibu rela berbuat apa sahaja. demi anak….
Terdesak hingga sanggup mencuri makanan dan cecair penyejuk untuk mengubati demam anaknya.
Itu kesusahan hidup seorang wanita hingga sanggup mencuri di pasar raya di Petaling Jaya, semalam.
Bagaimanapun, sebaik menerima laporan polis dibuat pasar raya berkenaan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal tampil membantu wanita itu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu.
Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang menangkap ibu tiga anak itu mencuri pelekat penyejuk badan, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.
“Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencuri kek dan ‘Koolfever’ sebab anaknya demam.
“Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini..”
Mulianya hati, para peniaga pun kalau jumpa orang yang memerlukan, bantulah mereka, tak perlu banyak, bantu sikit pun tidak mengapa, moga Allah akan beri lebih…
Lebih banyak gambar sila ke FB IPD Petaling Jaya