Admin ingin kongsikan kepada anda semua Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sebulan Dan Harian. Pastinya ramai yang tahu tetapi tidak salah bukan untuk kita sentiasa ingat mengingati sesama insan.
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sebulan Dan Harian adalah seperti di bawah ini. Jangan lupa untuk kongsikan kepada sesiapa yang anda kenali.
Jadi jangan lupa untuk hafal ya Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sebulan Dan Harian di atas ini. Sebelum itu admin kongsikan kepada semua pembaca berkaitan dengan pengertian puasa.
Pengertian Puasa
Dari segi bahasa puasa bermaksud menahan diri daripada melakukan sesuatu. Dari segi syarak pula puasa bermaksud menahan diri pada waktu siang daripada melakukan perkara-perkara tertentu dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa juga boleh difahami sebagai mencegah diri daripada memenuhi dan melayan tuntutan syahwat perut seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan pada waktu yang tertentu iaitu dari fajar sehingga terbenam matahari.
HIKMAH DAN FAEDAH PUASA
Yang pertama ialah melatih diri supaya bersabar keraana sabar itu sebahagian daripada iman dan sifat mulia. Hanya dengan bersabar, maka orang yang berpuasa tidak akan makan atau minum serta melakukan perkara-perkara lain yang membatalkan puasanya selagi belum tiba masanya untuk berbuat demikian.
Yang kedua ialah puasa menjinak hati manusia supaya lekas dan insaf terhadap susah payah keperitan orang-orang miskin dan melarat. Mudah-mudahan orang kaya atau orang yang cukup barang makanan akan mudah mengingati nasib orang miskin akan terpanggil hatinya untuk membantu. Puasa juga adalah salah satu cara yang berkesan untuk kesihatan tubuh badan.- Oleh: Hasnur Husna Bt Hasnan