Aku terpanggil untuk berkongsi sesuatu. Sebab aku tengok di FB ada satu video yang mengatakan pesawat telah dijumpai ‘breaking news’. Kita perlu share dan like sebelum menonton. Semua itu adalah palsu dan ada udang sebalik batu. Nah baca perkongsian dari blog sahabat aku.
Penjenayah siber dikesan mengeksploitasi kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menarik pengguna melayari sebuah laman web palsu yang memaparkan berita terkini kehilangan kapal terbang berkenaan sebelum mencuri data peribadi mereka.
Sebuah firma keselamatan internet, TrendMicro semalam memberi amaran kepada pengguna internet supaya berhati-hati apabila menekan pautan dikongsi di laman-laman sosial yang memaparkan berita terbaru kehilangan pesawat MH370 tersebut.
Pusat kajian, perkhidmatan dan sokongan rangkaian global milik firma itu mengesan beberapa fail pengaturcaraan komputer yang menyamar sebagai satu klip video yang membolehkan penjenayah siber mengumpul data pengguna.
nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;
“Kehilangan misteri pesawat ini menarik perhatian dunia dan hanya menunggu masa untuk penjenayah siber mengambil kesempatan terhadap peristiwa ini,” kata pakar TrendMicro, Paul Oliveria.
Katanya, penjenayah siber akan menggunakan tajuk pada pautan di laman sosial Facebook seperti: “Berita tergempar, pesawat MH370 dijumpai” untuk mengumpan pengguna menekan pautan berkenaan.
“Apabila pautan itu ditekan pengguna dibawa ke laman palsu dan mereka diminta untuk menekan satu lagi fail bagi memainkan video berkenaan sebelum fail tersebut dikongsi kepada akaun Facebook milik rakan mangsa.
“Pengguna juga diminta mengesahkan umur mereka dengan membuat satu ujian yang sebenarnya satu helah untuk mendapatkan data peribadi pengguna internet,” katanya.
Penjenayah siber sebelum ini pernah mengeksploitasi beberapa tragedi seperti kejadian Taufan Haiyan di Filipina pada tahun lalu dan serangan bom di acara maraton di Boston, Amerika Syarikat untuk mengumpan mangsa melayari laman web palsu. –AFP