slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Saiful Nang Kena Bash Dengan Netizen - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » BERITA » Saiful Nang Kena Bash Dengan Netizen

Saiful Nang Kena Bash Dengan Netizen

Anda kenal Saiful Nang? Kebanyakan rakyat Malaysia yang aktif di media sosial dan dalam bidang fotografi pasti mengenali Saiful Nang. Saiful Nang sentiasa mengulas sesuatu isu yang berlaku di dalam negara kita dalam facebook beliau. Pandangan dan pendapat serta tulisan Saiful Nang pasti akan dikongsikan oleh pengikut-pengikutnya di Facebook yang hampir 800 ribu pengikut tersebut. Tetapi tulisannya berkaitan kejadian kebakaran sebuah pusat tahfiz di Keramat baru-baru mengundang rasa tidak puas hati netizen kepada Saiful Nang. Jadi disebabkan itu Saiful Nang Kena Bash Dengan Netizen. Admin pun tidak berapa pasti sebab apa tetapi kebanyakan mengatakan kepada Saiful Nang baik diam dari membuat sebarang tulisan berkaitan kes tersebut.

Admin kongsikan beberapa isu yang terjadi kepada Saiful Nang tersebut. Isu pertama selepas Saiful Nang Kena Bash Dengan Netizen beliau telah membuat permohonan maaf secara terbuka. netizen seperti boleh menerima permohonan maaf tersebut. Tetapi Saiful Nang telah menulis lagi seperti permohonan maaf tersebut tidak ikhlas dan cerita telah dipusing-pusing bak kata-kata netizen yang admin baca dari page Saiful Nang sendiri. Jadi di sini Saiful Nang Kena Bash Dengan Netizen memang dah kena dah. Admin hanya ingin kongsikan permohonan maaf Saiful Nang di sini. Jom kita baca dulu.

Saiful Nang Kena Bash Dengan Netizen

Assalammualaikum Kepada semua netizen. Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf atas kenyataan saya yang mempertikaikan laungan azan yang mendayu dilaungkan semasa tragedi kebakaran di Pondok Tahfiz di Dato’ Keramat baru-baru ini.

Kenyataan itu menyebabkan ramai netizen yang tersinggung dan mengecam saya. Saya terima kritikan itu kerana itu memang pandangan peribadi saya sendiri. Mungkin saya terlalu terbawa-bawa dengan perasaan kesal dan sedih dengan kematian begitu ramai anak-anak tahfiz yang saya rasa sama seperti anak-anak yang sedang saya jaga.

Namun begitu saya harap anda tidak mengaitkan itu sebagai pandangan seluruh Warga Prihatin, institusi kebajikan anak yatim dan asnaf RPWP yang saya hanya merupakan salah seorang daripada pengasasnya sahaja. Sebenarnya Warga Prihatin juga turut mengkritik pandangan peribadi saya itu.

Maaf lambat sikit respond sebab saya kini berada di kampung menziarahi orang tua. Talian internet tenggelam timbul di sini.

Insyaallah, saya akan lebih berhati-hati pada kemudian hari untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang menyinggung para netizen. Terima kasih kepada semua yang telah menegur. Allah sahaja membalas niat baik kalian.

Baiklah selesai permohonan maaf dari Saiful Nang. Sekarang kita baca pula :-

KENYATAAN RASMI SAIFUL NANG BERKAITAN ISU AZAN DAN PASTI NETIZEN TAKKAN BACA SAMPAI HABIS SEBELUM BASH SEMULA.

Mufti cakap kena bash
Menteri cakap kena bash
Ustaz cakap kena bash
PM cakap lagi kena bash
Pengetua tahfiz cakap kena bash
Tepek hadith kena bash
Letak ayat Quran pun kena bash
Cikgu cakap kena bash
Ketua kampung cakap kena bash
Zakir Naik pun orang bash
Tun Mahathir cakap pun kena bash
Yang senyap tak cakap pun kena bash pasal tak cakap

Dalam dunia ni, perang terjadi bermula dari satu perselisihan pandangan. Budak-budak bergaduh hanya kerana ejek-mengejek. Terlalu marah sampai akhirnya ada yang nekad balas dendam sampai bakar tahfiz. Semuanya kerana ejek mengejek.

Pandai netizen marah suspek yang membakar tahfiz kerana diejek. Tapi yang tukang cakap juga mulut macam longkang. Lihat saja bahasa masing masing bila mengejek dan bash orang. Tak kira tua muda, lelaki perempuan semua sama saja. Jadi.. siapa sebenarnya yang ajar budak-budak tu jadi sampai macam itu? Fikirlah sendiri.

Ramai yang berada di lokasi mesej saya secara peribadi sangat setuju dengan isu azan ini. Kita ni bukanlah berada di tempat kejadian, tetapi dalam dunia tahfiz dan badan kebajikan anak yatim, kita kenal mengenal satu sama lain. Mereka kata ramai yang tengok tapi yang cuba membantu hanya seorang dua. Yang lain cuma sibuk ambil gambar saja… jalan seret kaki macam tengok sarkis (tengok sendiri video). Itulah juga yang dikesalkan dan diluahkan oleh pengetua tahfiz sendiri menurut saksi.

Ada yang pandang azanlah tapi tak perlu mendayu sangat kerana sesaat means a lot to the children yang masih boleh didengari meminta tolong. Padahal mic masjid boleh diguna untuk shout “TOLONG!! TOLONG !!TOLONG!! KEBAKARAN!! KEBAKARAN!!… TOLONG RAMAI-RAMAI BAWA BALDI KELUAR…!!! SETIAP ORANG BAWA AIR SEBANYAK MUNGKINNNN!!! TAHFIZ TERBAKAR SEKARANG!!!” YANG ADA WATER JET… PAM AIR… PEMADAM API… SELIMUT BASAHKAN… TOLONG BAWA SAMA… BOLEH PAM AIR DARI SURAU… TOLONGGG… TOLONGGG!!!

Ada ke saya katakan tak boleh azan? sampai ramai yang terlepas pandang perkataan “mendayu” tu dan tidak cuba memahami kerana adat netizen mahasuci ialah membaca tak sampai hujung terus bersilat melompat latahnya.

Itu guna pembesar suara di saat kritikal macam itu… 3 Minit sangat bermakna dalam saat kebakaran. Satu orang kena bangkit jadi komanden untuk mengatur gerakan menyelamat. Aturkan supaya ada yang naik, guna tali tarik air dgn baldi yang dihulur oleh org di bawah. Sementara tu yang lain cari water jet atau water pum utk pum air sementara tunggu bomba tiba.

Sambil siram air tu sama-samalah kita azan (ULANG SUARA…SAMBIL SIRAM AIR TU SAMA-SAMALAH KITA AZAN)…. azanlah sekuat mana suara kita boleh laung sambil kobarkan semangat sambil menolong… dari jam 5.10 sampai 6.45 pagi tu cukup lama masa untuk kita mencuba sebenarnya.

Itu pun susah ke nak faham??? Kenapa spin bagai nak rak sampai ada orang fikir KITA HINA AZAN pulak… Apa kalau nak azan memang kena berlagu-lagu mendayu dayu baru nanti roh tenang gituuu?

Bila dah kena bash orang suruh minta maaf.
Bila dah minta maaf orang bash juga.
Bila diam orang cakap dah takut.
Bila bercakap orang cakap tak boleh terima pandangan.
Bila kita marah dikata melatah
Bila netizen marah dikata menegur

Dah minta maaf pun kena bash juga. Now just let me be straight to the point and after this…tulisan saya hanya untuk yang berakal.

Perang jadi kerana setiap orang merasa orang lain bodoh.
Dan orang satu lagi juga anggap orang satu lagi bodoh.
Perang jadi kerana ada satu pihak rasa dia betul.
Dan satu pihak lagi yakin dia juga betul semua.

Minta maaf bukan mestinya kerana salah.
Tetapi mengalah.
Mengalah bila berlawan tapi leher anak-anak dan organisasi pula yang diacu pisau.

Rambo pun lemah lutut nak berlawan.
Kalau musuh dah acu pisau ke leher anaknya.
Ya…kau menang lawan Rambo kerana Rambo mengalah pasal anak dia dah kau letak pisau di leher…tapi KAU MENANG DENGAN CARA PONDAN.

Kita konon marah dengan Zionis.
Kita lupa kita juga macam zionis.
Rasulullah ajar orang yang mengalah dilayan baik dan tidak diperangi dan disakiti.
Tapi Zionis Melayu, orang yang mengalah terus dipijak-pijak sampai kalau boleh terus mati.

Tapi kata benci Zionis
McD pun tak nak dekati.
Tapi perangai berhujah macam Zionis.
Yang mengalah pun dipukul juga.

AKU TULIS NI DLM KEADAAN SEBAK… KESAL DGN PENDEKNYA AKAL, SIKAP KEBUDAK-BUDAKAN DAN SUKA EJEK MENGEJEK ANAK BANGSA AKU SENDIRI. KAU KECAM BUDAK TAK CUKUP UMUR BAKAR TAHFIZ KERANA DIEJEK TAPI KAU YANG DAH CUKUP UMUR MENGEJEK ORANG PUN SAMPAI SEGALA MAK NENEK KAU EJEK JUGA.

Terima kasih pada begitu ramai yang masih berakal dan hantar mesej secara private marahkan begitu ramai yang ‘melatah’ tak tentu pasal. Mereka ini faham apa yang aku maksudkan kerana mereka ada akal.

SAIFUL NANG

Check Also

 

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020. Jangan lupa untuk saksikan perutusan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88