slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Sekolah Dibuka Sepenuhnya 15 Dan 22 Julai 2020 - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » BERITA » Sekolah Dibuka Sepenuhnya 15 dan 22 Julai 2020

Sekolah Dibuka Sepenuhnya 15 dan 22 Julai 2020

Sekolah Dibuka Sepenuhnya 15 dan 22 Julai 2020. Sesi persekolahan murid Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 6 Semester 1, kelas peralihan serta tingkatan 1 hingga 4 akan dibuka pada 15 Julai ini.

Sekolah Dibuka Sepenuhnya 15 dan 22 Julai 2020
Sekolah Dibuka Sepenuhnya 15 dan 22 Julai 2020

Bagi murid Tahun 1 hingga 4 pula sesi persekolahan akan bermula pada 22 Julai ini.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, tarikh pembukaan penuh sekolah itu membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Beliau berkata, disebabkan ruang dan kapasiti setiap sekolah adalah berbeza, pengoperasian juga perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan berbeza mengikut kapasiti dan keupayaan sekolah.

“Selepas mengambil kira aspek penjarakan sosial, ada sekolah yang dapat menampung kehadiran murid seperti biasa dan ada juga yang sebaliknya. Berdasarkan analisis dan perincian yang dilaksanakan, KPM mengenal pasti tiga model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian.

“Model pertama adalah Model Satu Sesi. Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, selepas mengambil kira penjarakan sosial.

“Model kedua adalah Model Dua Sesi. Model ini ialah untuk sekolah sedia ada yang beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial,” katanya.

Menurutnya, model yang ketiga adalah Model Penggiliran iaitu sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi.

“Kebanyakan sekolah di dalam kategori ini adalah sekolah yang terletak dalam kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi.

“Bagi Model Penggiliran untuk sekolah menengah, murid Tingkatan 5 dan 6 perlu hadir ke sekolah setiap hari manakala kehadiran murid Tingkatan 1 hingga 4 perlu dibuat secara bergilir-gilir mengikut kelas atau aliran tertentu.

“Pihak sekolah hendaklah menentukan bentuk penggiliran yang sesuai berdasarkan keperluan murid. Contohnya, jika sekolah mempunyai ruang yang mencukupi, murid Tingkatan 4 akan turut hadir setiap hari. Keutamaan diberi sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan,” katanya.

Mohd Radzi berkata, bagi model penggiliran murid sekolah rendah, murid Tahun 1 hingga 6 boleh hadir secara bergilir-gilir mengikut kelas atau tahap.

“Dalam hal ini, pihak sekolah yang menentukan bentuk penggiliran bersesuaian.

“Untuk model penggiliran ini, kaedah pembelajaran murid adalah secara hibrid, iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara Home-Based Learning di rumah untuk hari-hari yang mereka tidak dijadualkan berada di sekolah.

“Maklumat senarai sekolah mengikut model yang ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya,” katanya. -Metro-

Sekolah Dibuka Sepenuhnya 15 dan 22 Julai 2020
Sekolah Dibuka Sepenuhnya 15 dan 22 Julai 2020

Check Also

Warga Bangladesh Rayhan Kabir Diburu Jabatan Imigresen  

Warga Bangladesh Rayhan Kabir Diburu Jabatan Imigresen

Warga Bangladesh Rayhan Kabir Diburu Jabatan Imigresen. Ayuh semua rakyat Malaysia kita bantu pihak berkuasa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88