slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Senarai Harga Pemain Bola Di Malaysia 2019 - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » SUKAN » Senarai Harga Pemain Bola Di Malaysia 2019

Senarai Harga Pemain Bola Di Malaysia 2019

Senarai Harga Pemain Bola Di Malaysia 2019. Siapakah pemain bola sepak liga Malaysia yang paling mahal ketika ini? Dari pasukan manakah pemain termahal ini bermain? Segala persoalan ini akan dijawab menerusi satu laporan yang dipetik daripada BH Online. Jom kita lihat senarai tersebut. Pasti anda ingin tahu berapakah nilai sebenar Akhyar Rashid bukan?

Senarai Harga Pemain Bola Di Malaysia 2019
Senarai Harga Pemain Bola Di Malaysia 2019

Penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo mendapat status sebagai pemain termahal dalam Liga Super dengan nilai pasarannya dianggarkan mencecah £900,000 (RM4.8 juta).

Nilai pemain Brazil itu diambil berdasarkan harga pasaran yang dibuat di laman web www.transfermarkt.co.uk.

Seorang lagi pemain JDT, Leandro Velazquez dan pemain Terengganu, Sanjar Shaakhmedov pula berada di kedudukan kedua selepas Diogo dengan kedua-duanya dinilai pada harga £720,000 (RM3.8 juta).

Mauricio Nascimento dan Gonzalo Cabrera melengkapkan penguasaan kelompok tiga teratas pemain import paling mahal Liga Super milik JDT selepas menduduki tempat ketiga dengan masing-masing diberikan tanda harga £675,000 (RM3.6 juta).

JDT turut memiliki pemain berdarah campuran paling mahal dengan Natxo Insa bernilai £720,000 (RM3.8 juta), manakala La’Vere Corbin-Ong pula £248,000 (RM1.3 juta).

Nilai itu mengatasi harga pasaran yang diberikan kepada pemain naturalisasi pertama negara yang juga tonggak utama Pahang, Mohamadou Sumareh yang bernilai £225,000 (RM1.2 juta).

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah mengakui laman web berkenaan turut menjadi rujukan kepada ejen pemain atau pasukan yang sedang mengintai pemain bagi melihat anggaran harga pasaran pemain yang dicari.

Dia yang sudah lebih 15 tahun terbabit sebagai ejen pemain berkata, nilai yang diletakkan ke atas seseorang pemain berdasarkan beberapa faktor utama.

“Antara faktor utama penilaian termasuk latar belakang pemain, tempoh kontrak, usia, pengalaman (bersama kelab dan negara), tahap liga dan kelab yang disertai, prestasi serta pencapaian yang diraih termasuk di peringkat kelab dan negara,” katanya kepada BH Sukan.

Selain itu, dua pemain tengah berpengalaman, Safiq Rahim dan Baddrol Bakhtiar mengungguli dua kelompok teratas pemain tempatan apabila masing-masing dinilai pada harga £360,000 (RM1.9 juta) dan £315,000 (RM1.6 juta).

Bagi pemain muda tempatan bawah 22 (B-22) tahun pula, Syahmi Safari diletakkan sebagai paling mahal dengan nilai £90,000 (RM485,000), walaupun sebelum ini Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dilaporkan meletakkan klausa pelepasan berjumlah RM6 juta dalam kontrak tonggak pertahanan itu.

Pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia musim lalu, Safawi Rasid pula berada di kedudukan kedua dengan nilai £68,000 (RM366,000).

Sementara itu, Akhyar Rashid yang sebelum ini diletakkan klausa pelepasan mencecah RM12 juta oleh JDT hanya dinilai pada harga £45,000 (RM242,000) oleh www.transfermarkt.co.uk.

Mengulas lanjut, Effendi berkata, walaupun laman web berkenaan meletakkan nilai tertentu ke atas seseorang pemain, namun kuasa meletakkan nilai sebenar tetap berada di tangan kelab mereka.

“Contohnya nilai Diogo yang hampir RM5 juta, tapi tak mustahil nilai itu boleh jadi lebih lagi atau kurang daripada jumlah yang diletakkan dalam laman web itu.

“Jadi, nilai sebenar pemain adalah berdasarkan keputusan akhir rundingan yang dibuat sebelum perpindahan seseorang pemain dimuktamadkan,” katanya.

INFO

Pemain Import

1- Diogo Luis Santo (JDT) – £900,000 (RM4.8 juta)

2 – Leandro Velazquez (JDT) – £720,000 (RM3.8 juta)

3 – Sanjar Shaakhmedov (Terengganu) – £720,000 (RM3.8 juta)

4 – Mauricio Nascimento (JDT) – £675,000 (RM3.6 juta)

5 – Gonzalo Cabrera (JDT) – £675,000 (RM3.6 juta)

6 – Ze Love (Pahang) – £630,000 (RM3.4 juta)

7 – Wander Luiz (Perak) – £495,000 (RM2.6 juta)

8 – Liridon Krasniqi (Melaka United)- £450,000 (RM2.4 juta)

9 – Dickson Nwakaeme (Pahang)- £450,000 (RM2.4 juta)

10 – Giancarlo Rodrigues (PKNP) – £405,000 (RM2.1 juta)

Naturalisasi / Berdarah Campuran

1 – Natxo Insa – £720,000 (RM3.8 juta)

2 – La’Vere Corbin-Ong – £248,000 (RM1.3 juta)

3 – Mohamadou Sumareh – £225,000 (RM1.2 juta)

Pemain Tempatan

1- Safiq Rahim – £360,000 (RM1.9 juta)

2 – Baddrol Bakhtiar – £315,000 (RM1.6 juta)

3 – Hadin Azman – £180,000 (RM970,000)

4 – Syafiq Ahmad – £158,000 (RM851,000)

5 – Hazwan Bakri – £158,000 (RM851,000)

Pemain Tempatan B-22

1 – Syahmi Safari – £90,000 (RM485,000)

2 – Safawi Rasid – £68,000 (RM366,000)

3 – Akhyar Rashid – £45,000 (RM242,000)

Check Also

Permainan Bola Sepak Futsal Dibenarkan Bermula 15 Julai 2020  

Permainan Bola Sepak Futsal Dibenarkan Bermula 15 Julai 2020

Permainan Bola Sepak Futsal Dibenarkan Bermula 15 Julai 2020. Berita baik untuk semua kaki sukan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88