slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Skmm Siasat Dakwaan 46 2 Juta Data Peribadi Dijual - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » BERITA » SKMM Siasat Dakwaan 46.2 Juta Data Peribadi Dijual

SKMM Siasat Dakwaan 46.2 Juta Data Peribadi Dijual

SKMM Siasat Dakwaan 46.2 Juta Data Peribadi Dijual oleh syarikat telekomunikasi kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini susulan satu pendedahan yang dibuat oleh sebuah laman web popular Low Yat.net baru-baru ini. Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata siasatan sedang dilakukan SKMM dengan kerjasama polis agar tindakan segera dapat diambil untuk menyelesaikan isu itu.

SKMM Siasat Dakwaan 46.2 Juta Data Peribadi Dijual

SKMM Siasat Dakwaan 46.2 Juta Data Peribadi Pengguna telefon mudah alih negara dijual. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengenal pasti sumber yang mungkin menjadi punca kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini. “Kelmarin pihak MCMC (SKMM) telah mengadakan perbincangan dengan pihak ‘telcos’ berhubung dengan ‘data leakages’ yang telah berlaku. Pihak MCMC dan polis sedang menyiasat perkara ini. Kita telah mengenal pasti sumber-sumber di mana berkemungkinan data ini bocor.

“Sudah tentulah kita akan mengambil tindakan-tindakan secepatnya untuk menyelesaikan perkara ini. Beberapa sumber yang berkemungkinan data ini boleh bocor dan kita akan mengambil langkah-langkah, kita tunggu sahaja,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini. Beliau berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah membocorkan data peribadi itu berdasarkan undang-undang sedia ada termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Salleh berkata siasatan menjurus kepada dua aspek iaitu siapa pihak yang membocorkan maklumat itu dan dari mana maklumat data itu diperoleh. “Kita ada akta melindungi data peribadi dan kesalahan-kesalahan lain yang terdapat dalam undang-undang yang boleh digunakan. Namun yang penting sekarang ini kita memberi jaminan bahawa kita akan menyegerakan penyiasatan dan rumusan mengenai perkara ini,” jelasnya.

Pada Isnin lalu (30 Okt), Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran data peribadi kira-kira 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini. Dilaporkan, pada bulan lalu, laman Lowyat.net menyiarkan artikel berhubung kecurian data berkaitan maklumat peribadi besar-besaran untuk dijual, melibatkan 50 juta data daripada syarikat telekomunikasi dan 17 juta data daripada laman mencari kerja.

Salleh menambah perbincangan telah dilakukan dengan semua pihak berkaitan untuk mempertingkatkan lagi tahap keselamatan data peribadi pelanggan agar perkara sedemikian tidak berulang.- Bernama

Check Also

 

13 Gambar Sekitar Kejadian Banjir di Pulau Pinang

13 Gambar Sekitar Kejadian Banjir di Pulau Pinang yang berlaku dua hari lepas. Kita ikuti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88