slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Tiga Akhbar Utusan Tidak Diterbitkan Mulai Esok - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » BERITA » Tiga Akhbar Utusan Tidak Diterbitkan Mulai Esok

Tiga Akhbar Utusan Tidak Diterbitkan Mulai Esok

Tiga Akhbar Utusan Tidak Diterbitkan Mulai Esok 10 Oktober 2019. Perkhabaran yang agak mengejutkan bagi mereka pembaca setia akhbar Utusan Malaysia. Admin memetik laporan daripada FMT ini untuk bacaan anda semua.

Tiga Akhbar Utusan Tidak Diterbitkan Mulai Esok

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd yang melepaskan 70% pegangan dalam anak syarikatnya Dilof Sdn Bhd kepada Kumpulan Media Prima baru-baru ini akan berhenti operasi dan tidak lagi akan menerbitkan tiga akhbarnya mulai esok.

Sumber memberitahu FMT, pemakluman mengenai keputusan itu diberikan kepada kakitangannya petang semalam.

“Dalam taklimat kepada ketua-ketua jabatan semalam, kami dimaklumkan hari ini adalah hari akhir Utusan Malaysia dan Kosmo! akan dikeluarkan. Mulai esok tidak ada lagi akhbar Utusan (dan dua lagi akhbar),” kata sumber yang menghadiri talimat yang diberikan oleh pengarah eksekutif.

Kata sumber itu, ketua-ketua jabatan juga telah diminta memberikan taklimat kepada pekerja di bawah penyeliaan masing-masing.

Satu lagi sumber memberitahu, “semua wartawan telah diminta mengosongkan pejabat dan meja masing-masing. Tidak perlu datang esok mulai esok.”

Isnin lepas, Utusan Melayu mengumumkan akan melepaskan 70% pegangan dalam anak syarikatnya Dilof Sdn Bhd kepada Aurora Mulia Sdn Bhd. Syarikat itu berkata pelepasan pegangan dalam Dilof adalah untuk memastikan kesinambungan penerbitan kedua-dua akhbar arus perdana itu.

Menurut Utusan Melayu, Aurora Mulia dipilih kerana syarikat tersebut merupakan pemegang saham utama Media Prima Berhad.

“Ia untuk memastikan akhbar Utusan Malaysia yang telah berusia 80 tahun tidak dikuburkan dan akhbar Kosmo! yang berusia 15 tahun dapat diteruskan,” kata syarikat itu.

Dilof merupakan anak syarikat 100 peratus milik Utusan Melayu, yang kini merupakan pemegang permit menerbitkan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Utusan Melayu kini berhadapan dengan masalah aliran tunai dan pelaburan dalam Dilof akan membolehkan suntikan kewangan daripada Aurora Mulia dan seterusnya memastikan penerbitan kedua-dua akhbar ini dapat diteruskan.

Difahamkan syarikat yang dilantik untuk menguruskan proses penggulungan syarikat akan memberi taklimat khas kepada pekerja-pekerja Utusan Melayu pada 29 Okt ini.

“Syarikat luar ini akan memaklumkan status dan kedudukan syarikat akhir bulan ini. Apa pun kami perlu menunggu surat rasmi pagi ini.”

Dalam taklimat semalam, pengurusan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan notis rasmi mengenai penutupan hari ini.

“Kami hanya boleh dapat gambaran sebenar selepas terima surat nanti,” kata beliau.

FMT dimaklumkan Utusan Melayu yang berada di bawah pengurusan baru sejak awal ini, bercadang untuk melaksanakan pengurangan tenaga kerja pusingan kedua bulan ini, dengan jabatan editorial Utusan Malaysia dan Kosmo! hanya akan mempunyai sekitar 60 hingga 70 orang wartawan.

Utusan Melayu, yang ditubuhkan pada 1939 di Singapura, pernah mempunyai sekitar 2,000 pekerja satu ketika dulu termasuk 500 pekerja editorial.

Ditanya sama ada pengurusan ada memaklumkan mengenai penggabungan editorial Utusan Melayu, Kumpulan NSTP dan Media Prima, sumber berkata, pengurusan hanya memberitahu ia akan diputuskan oleh pengurusan baru kelak.

“Kemungkinan syor tahun 2005 iaitu penggabungan Kumpulan Utusan dan NSTP muncul semula, akan menjadi kenyataan selepas ini,” kata beliau.

Sumber juga memberitahu pengurangan tenaga kerja juga akan melibatkan Kumpulan NSTP selepas ini.

“Kemudian ia akan membawa kepada penggabungan editorial Kumpulan Media Prima dan Utusan Melayu Berhad,” kata beliau.

Pada 20 Ogos lalu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Abd. Aziz Sheikh Fadzir menafikan laporan media bahawa syarikat akhbar berbahasa Melayu berusia 80 tahun itu akan ditutup, sebaliknya menegaskan ia akan terus beroperasi.

Perkembangan itu sekali gus memadamkan spekulasi kononnya Kumpulan Utusan akan menghentikan operasinya bermula 21 Ogos susulan ketidakmampuan menanggung kos operasi.

Katanya, langkah itu diteruskan sekalipun syarikat akhbar itu berada dalam situasi sukar terutama peralihan dunia pemberitaan dalam bentuk media sosial.

“Tidak benar kita hendak tutup (henti operasi). Betul kita hadapi masalah. Tetapi kita ada pelan untuk meningkatkan perniagaan,” kata beliau.

Selain menerima suntikan dana RM1.6 juta untuk membayar gaji pekerja daripada Umno, syarikat turut mengambil keputusan untuk menaikkan harga akhbar Utusan Malaysia daripada RM1.50 senaskhah kepada RM2.00 senaskhah manakala Kosmo! daripada RM1.00 kepada RM1.50 senaskhah mulai Ogos lalu.

FMT sedang berusaha mendapatkan komen daripada pengurusan Utusan Melayu. -FMT-

Check Also

Channel Youtube Sugu Pavithra Jadi Ikutan Ramai  

Channel Youtube Sugu Pavithra Jadi Ikutan Ramai

Channel Youtube Sugu Pavithra Jadi Ikutan Ramai rakyat Malaysia terutama rakyat Malaysia yang berbangsa melayu. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88