slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Tips Persediaan Sebelum Dan Semasa Temuduga - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » INFORMASI » Tips Persediaan Sebelum dan Semasa Temuduga

Tips Persediaan Sebelum dan Semasa Temuduga

Tips Persediaan Sebelum dan Semasa Temuduga yang dikongsikan oleh seorang Profesional Learning Facilitator yang bernama Muhammad Al Fatihee yang sangat bagus untuk mereka-mereka yang telah berjaya dipanggil untuk temuduga atau lebih mudah sebutannya dalam bahasa inggeris “INTERVIEW”. Sebelum ini telah tular di media sosial tentang Tragedi Yang Berlaku Di SPA Kota Bharu. Anda boleh baca artikel tersebut di SINI.

Tips Persediaan Sebelum dan Semasa Temuduga
Tips Persediaan Sebelum dan Semasa Temuduga

TIPS INTERVIEW SPA & SWASTA

Wah! Berikutan posting saya semalam yang mendapat 7.2 Ribu Shares mengenai MASALAH Etika Pemakaian INTERVIEW SPA.

Terima Kasih kepada yang sudi Shares.

Maka hari ini, jom saya ingin kongsikan pula bagaimana untuk SELESAIKAN MASALAH Etika Pemakaian INTERVIEW SPA dan juga Sektor SWASTA!

Segala perkongsian ini, penulis ambil daripada guru-guru penulis yang pakar dalam bidang Grooming dan NLP, rakan-rakan HR, rakan-rakan Industri serta Pegawai Unit Kaunseling & Kerjaya.

Sila SHARE YA bantu rakan-rakan kita mencari rezeki.

Mari kita mulakan

SEKTOR KERAJAAN

UNTUK KESEMUA LEVEL JAWATAN

LELAKI

1. Rambut Wajib Kemas. Lagi bagus jika pakai minyak rambut atau Pomade

2. Datang Awal ketempat INTERVIEW. Lebih baik 30 minit awal untuk elakkan anda gugup dan memberi masa kepada Pegawai SPA untuk semak Sijil-sijil anda

3. Baju Kemeja digalakkan warna cerah. Lagi bagus warna putih sebab match dengan semua warna. Nampak segak apabila digabungkan dengan kot hitam dan Tie.

4. Bagi warna Tie. Menurut guru saya, Tie warna Merah untuk elemen menguasai manakala Tie Biru untuk Diplomasi. Jadi digalakkan warna yang menyejukkan mata. Jika mahu jimat dapatkan sahaja dipakaian Bundle. Insyallah Murah.

5. Bagi seluar digalakkan seluar Slack Hitam. Disaat INTERVIEW berlangsung. Digalakkan alihkan Phone dan Dompet anda ketempat lain untuk seketika. Kerana ianya akan nampak GELEMBUNG pada postur kaki anda.

6. Stokin Hitam wajib dipakai bagi menampakkan kekemasan

7. Kasut Kulit pastikan berwarna hitam

8. Jam tangan digalakkan memakai Jam Besi atau Kulit. Kerana etika professional terutama Jawatan Pegawai jam tangan merupakan elemen penting bagi menunjukkan anda seorang yang menghargai masa. Bagi jam bertali getah ianya sesuai untuk jawatan yang banyak melibatkan outdoor seperti sukan sebab ianya lasak.

9. Lagi bagus diletakkan nama pada baju seperti yang diamalkan oleh guru-guru

10. Tidak boleh lebih 2/3 warna dalam satu postur badan

WANITA

1. Datang 30 minit awal ke tempat INTERVIEW bagi mengelakkan anda gugup dan memberi masa kepada Pegawai SPA untuk semak Sijil-sijil anda

2. Tudung lilit biasa jer… tak perlu berbelit-belit

3. Pastikan baju dan tudung warna yang lembut

4. Tudung tidak singkat

5. Meminimakan corak pada pakaian

6. Bezakan antara baju untuk Interview, dan Kenduri. Bab ini ramai yang buat silap.

7. Kasut tumit tinggi tidak menjadi masalah Cuma perlu 2cm pun dah ok.

8. Kasut Hitam match dengan Stokin Hitam

9. Lagi bagus diletakkan nama pada baju seperti yang diamalkan oleh guru-guru

10. Bagi yang muslimah digalakkan memakai sarung lengan

11. Jam digalakkan Jam besi atau jam kulit.

12. Tidak boleh lebih 3/4 warna dalam postur badan
Bab pakaian jika tidak mampu untuk beli, anda boleh pinjam daripada rakan-rakan.

Rakan saya bertanya, kenapa sektor kerajaan ini agak Rigid?

Saya jawab “Kerana kita berurusan dengan orang”

SEKTOR SWASTA

Sektor Swasta dan Sektor Kerajaan jauh berbeza gaya INTERVIEW mereka.

Selalunya Interview Swasta lebih bebas mengikut kreativiti majikan serta mengikut identiti syarikat dan mengikut Spesifikasi Jawatan Calon.

Misal Contoh

Cara INTERVIEW jawatan Graphic Designer jauh berbeza dengan Jawatan Pegawai Pemasaran.

Cara INTERVIEW Syarikat Kecantikan Berbeza dengan Syarikat Perbankan

Kerana gaya Korporat dan bisnes mereka berbeza. Jangan sesekali disamakan.

Guru saya berpesan sebelum ke INTERVIEW swasta pastikan kaji latar belakang syarikat terlebih dahulu.

Yang paling penting bagi INTERVIEW SWASTA adalah apa IDENTITI MEREKA,

1. Warna Korporat Mereka,
2. Bahasa Yang Digunakan,
3. Jawatan Yang Ditawarkan
4. Struktur Organisasi Mereka.

Bagi warna Korporat sebagai contoh jika warna korporat syarikat terbabit adalah warna Merah, maka persiapkan baju INTERVIEW anda juga berwarna Merah!

Ini akan meninggalkan kesan psikologi buat penemuduga seolah-olah anda sudah bersedia untuk diambil sebagi staff.

Bagaimana untuk tahu warna korporat? Buka di Google, atau pergi sendiri disyarikat terbabit. Lihat apa warna pakaian seragam mereka. Itulah warna korporat mereka. Mudah bukan…

CARA SUSUN SIJIL
1. Resume
2. Kad pengenalan dan sijil lahir
3. Sijil Akademik bermula dari yang tertinggi sehingga yang terendah.
4. Sijil berhenti sekolah
5. Sijil Muet dan Sijil Kemahiran (Jika ada)
6. Sijil Kokurikulum dari pencapaian tertinggi sehingga terendah. Pencapaian di Tadika tidak perlu…

Tips yang saya share ini bukanlah 100% konfom menjadi ianya bergantung kepada bagaimana anda persembahkan dan bergantung pada rezeki. Mungki ada juga tips-tips lain yang boleh membantu.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh ke Unit Kaunseling & Kerjaya disetiap universiti, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan SPA. Atau Boleh layari Job Street dan Jobs Malaysia.

Penulis juga bukanlah pakar dan pernah juga merasai kegagalan INTERVIEW 7 Kali pada tahun 2015-16. Namun setelah penulis sertai SL1M, berkawan bersama rakan-rakan industri terutama HR, rakan-rakan Trainer, sering bertanya kepada pakar dan berguru bersama beberapa tokoh komunikasi/motivasi tanah air akhirnya kemahiran itu tercapai.

Kenapa saya selalu share tentang Tips INTERVIEW? kerana saya tahu ramai rakan kita yang rajin mencari kerja tetapi tidak tahu cara.

Jika berusaha INSYALLAH Rezeki milik anda. Amin..

GOOD LUCK SEMUA…

Bukankah untuk mencari kerja ini perlukan kos. Jika tersalah cara Interview bukankah akan kerugian wang ringgit dan masa?

Bantulah rakan-rakan kita mencari rezeki.

 

Check Also

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020  

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020. Apakah intipati perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88