slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Koronavirus 8 Pelancong China Dikuanrantin Di Jb - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » BERITA » Koronavirus 8 Pelancong China Dikuanrantin Di JB

Koronavirus 8 Pelancong China Dikuanrantin Di JB

Koronavirus 8 Pelancong China Dikuanrantin Di JB. Wabak yang tiba-tiba muncul di salah sebuah negeri di negara China membimbangkan seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia.

Koronavirus 8 Pelancong China Dikuanrantin Di JB
Koronavirus 8 Pelancong China Dikuanrantin Di JB

China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan susulan penularan wabak virus korona.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam catatan Twitter yang berkongsi mengenai perkara itu memaklumkan 11 juta penduduk di wilayah berkenaan tidak dibenarkan keluar.

“Semua pengangkutan awam seperti bas, subway, feri dihentikan sementara bermula jam 10 pagi ini. Lapangan terbang ditutup dan semua penerbangan dari Wuhan dibatalkan,” menurut catatan tersebut.

Media semalam melaporkan setakat ini sembilan maut akibat virus itu manakala kira-kira 400 lagi telah dijangkiti.

Disebabkan Virus Korona atau Corona Virus ini lapan pelancong dari China disyaki dijangkiti koronavirus dikuarantin di hotel di Johor Bahru untuk pemeriksaan lanjut.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, mereka dikuarantin buat sementara waktu berikutan mempunyai hubungan terus dengan satu kes koronovirus yang dilaporkan di Singapura semalam.

“Kita baru sahaja menerima maklumat bahawa di Singapura ada satu kes dilaporkan dan lapan orang yang dikuarantin ada (disyaki) hubungan terus dengan kes berkenaan.

“Mereka sudah diasingkan di hotel di Johor Bahru dengan penelitian pasukan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) bagi memantau pesawat AK1310 dari Singapura ke Ipoh yang tiba di lapangan terbang berkenaan di Ipoh, hari ini.

Dr Boon Chye berkata, kesemua lapan warga China itu akan dikuarantin sekurang-kurangnya selama seminggu.

“Mereka bukan pesakit dan cuma disyaki kerana mempunyai hubungan terus dengan kes di Singapura,kesemua mereka akan dipantau,” katanya

Katanya, setakat ini tiada kes membabitkan warga tempatan yang dijangkiti wabak itu.

“Kita akan terus memantau dan membuat saringan agar kita dapat ‘pick up’ pada peringkat awal dan asingkan sekiranya mereka ada kes sedemikian melepasi sempadan kita,” katanya.

Beliau berkata, setakat ni sudah terdapat lebih 800 kes di seluruh dunia membabitkan 26 kes kematian dengan kebanyakan tempat di negara China sudah mempunyai kes berkenaan kecuali di tiga daerah.

“Terdapat juga kes yang dilaporkan di beberapa negara termasuk di Singapura, Hongkong, Macau, Taiwan, Jepun, Thailand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, ini menunjukkan ada risiko kerana kita menerima pelancong deripada negara China hampir tiga juta setiap tahun,” katanya.

Dr Boon Chye berkata, pihaknya ketika ini turut sedang mengkaji langkah untuk membuat saringan khususnya mereka yang datang dari China melalui Singapura.

“Kita sedang mengkaji bagaimana kita hendak membuat membuat saringan khususnya mereka yang datang dari China melalui Singapura kerana kita mahu memastikan bahawa tidak ada kes koronavirus masuk ke dalam negara kita,” katanya.

NSTP sebelum ini melaporkan seorang warga China diuji positif sekali gus menjadi mangsa pertama wabak coronavirus di negara seberang tambak itu.

Lelaki berusia 66 tahun berasal dari Wuhan, China tiba di Singapura bersama sembilan rakan lain, pada Isnin lalu menginap di Resort Shangril-La Rasa Sentosa, dekat sini.

Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan mengesahkan kes itu. – Metro Online –

Check Also

 

Kisah Sebenar Sebalik Mencuri Kerana Anak Demam

Kisah Sebenar Sebalik Mencuri Kerana Anak Demam. Tular di media-media sosial berkaitan perkara ini. Dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88