Home»INFORMASI»Tragedi Di SPA Yang Viral Buka Mata Semua
Tragedi Di SPA Yang Viral Buka Mata Semua
Tragedi Di SPA Yang Viral Buka Mata Semua. Dua hari lepas seorang Profesional Learning Facilitator yang bernama Muhammad Al Fatihee (Facebook) telah memuatnaik satu status yang agak penting bagi mereka yang ingin menghadiri sesi temuduga. Bukan sahaja temuduga untuk jawatan sektor kerajaan tetapi juga untuk sektor swasta. Beliau telah membuat pemerhatian di Pejabat SPA Kota Bharu. Apa yang diluahkan oleh pemuda tersebut mendapat perhatian netizen. Posting tersebut telah tular dan viral dengan lebih daripada 9000 perkongsian dalam masa dua hari.
Tragedi Di SPA Yang Viral Buka Mata Semua
Admin kongsikan apa yang telah di “post” oleh Muhammad Al Fatihee tersebut.
TRAGEDI di SPA!!! Pengajaran untuk SEMUA Pembaca
Semalam saya memasuki Pejabat SPA Kota Bharu bagi melihat sendiri etika berpakaian calon-calon INTERVIEW jawatan (…) Sektor Kerajaan.
Seperti biasa, pakaian saya memang orang tidak akan syak yang saya datang untuk memerhati. Sengaja pakai seluar Track dan berselipar. Macam Orang kampung Gitu. Hehe
Selama 1 jam saya memerhati seorang demi seorang calon masuk mendaftar. Temuduga bermula jam 10 A.M.
Hasilnya SAYA RASA MACAM MAU NANGIS!
“Dik Jikalau beginilah etika pemakaian kamu. 90% permohonan kamu akan ditolak”.
Belum masuk bab Body Language dan Komunikasi!
Antara kesalahan yang saya REKODKAN!
LELAKI
1. Interview jam 10 pagi datang jam 10.10pagi 2. Terlupa bawa Tie 3. Tie bunga-bunga zaman Tan Sri P Ramlee 4. Seluar Slack+Kasut Futsal 5. Rambut Tak Kemas 6. Tak Pakai Stokin 7. Baju Kemeja untuk keluar DATING dengan AWEK 8. Susunan Sijil yang salah 9. Tali pinggang tak pakai 10. Jam Getah
PEREMPUAN
1. Kaca Mata Honeymoon 2. Tudung singkat 3. Baju dan Tudung berfesyen. Amboi besarnya bunga 4. Tumit kasut tinggi sangat. hehe 5. Baju Kurung pergi kenduri 6. Mekap Tebal 7. Susunan sijil salah
Ini antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan calon INTERVIEW. Peliknya mereka memiliki Degree dan Diploma. Apa yang mereka buat semasa di universiti selain daripada pergi kuliah?
Adakah mereka tidak bertanya kepada PAKAR? Adakah mereka tidak diberitahu oleh PAKAR? “Mustahil” Adakah mereka buat tak endah semasa diuniversiti? Adakah mereka tidak mendapat informasi etika berpakaian INTERVIEW SPA yang jauh berbeza dgn INTERVIEW Swasta?
Hmm. Jika begini patutlah ramai yang tidak mendapat kerja yang dipohon…
Namun hati saya kembali sejuk, apabila ada beberapa orang calon yang menepati etika berpakaian Profesional. Sekurang-kurangnya “First Impression” anda sudah menang.
Saya ucapkan Semoga Berjaya kepada semua calon TEMUDUGA 2018
KUALA LUMPUR: Perkembangan terkini setakat jam 11:30 pagi, mayat seorang lelaki dan seorang perempuan telah ditemui menjadikan seramai 35 orang masih belum ditemui dalam kejadian tongkang karam dekat Sungai Air Hitam, Banting. Setakat ini, jumlah mangsa yang diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah 61 orang.
Pada awal pagi Rabu, sebuah tongkang yang membawa seramai 97 pendatang asing telah dilaporkan karam.
Pihak Bomba menerima panggilan pada jam 12.24 pagi dan jentera penyelamat dihantar kurang 30 minit selepas itu.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, sebuah bilik operasi sementara telah dibuka di Pulau Carey.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil semasa dihubungi berkata, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dikerah ke sekitar pesisir pantai.
“Dua buah kapal maritim telah dihantar untuk SAR termasuk sebuah helikopter. Buat masa ini sebuah pusat operasi turut dibuka di Jeti Pantai Klanang,” kata Jaslizad.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Pegawai Polis yang berada di Balai Banting, Insp Mohd Shamsul Sharif mengesahkan 97 penumpang yang terlibat dalam insiden karam tersebut merupakan warganegara Indonesia.
Sumber Kedutaan Besar Republik Indonesia memaklumkan Astro AWANI bahawa pihak kedutaan sedang berurusan dengan pihak berkuasa yang terlibat.
Tongkang tersebut dikatakan berlepas dari Jeti Sungai Air Hitam awal pagi Rabu dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke Acheh.-Awani-
Tottenham Hotspur 2-7 Bayern Munich UEFA Champions League 2019/2020. Kekalahan yang memalukan bagi pasukan Tottenham Hotspur di depan penyokong 60127 sendiri.
Kekalahan memalukan ini sudah pasti memberi kesan kepada semua penyokong yang menyaksikan perlawanan tersebut di mana pasukan pelawat dari Jerman iaitu Bayern Munich telah merobek gawang Spurs sebanyak tujuh kali.
Sudah pasti pemain yang menjadi tumpuan dalam perlawanan ini adalah Serge Gnabry yang menjaringkan 4 gol daripada 7 gol keseluruhan oleh Bayern Munich.
Bukan itu sahaja Serge Gnabry pernah bermain untuk Arsenal di mana merupakan musuh setempat bagi pasukan Spurs di London. Dan ia menjadi bahan penyokong Arsenal kepada penyokong Spurs.
Senarai penjaring bagi keputusan Tottenham Hotspur 2-7 Bayern Munich adalah seperti berikut :-
Home»HIBURAN»Tonton Secara Online Telefilem Insan Terpilih TV3
Tonton Secara Online Telefilem Insan Terpilih TV3
Tonton Secara Online Telefilem Insan Terpilih TV3. Firdaus yang hidupnya tidak terurus seperti orang lain. Setiap hari dia akan mengeliling kampung mengutip sampah dan mencuci surau malah akan mengutip najis cicak yang berselerak di dalam surau dengan menggunakan tangannya. Katanya, jika dia mengguna penyapu, pahala akan menjadi sedikit.
Tonton Secara Online Telefilem Insan Terpilih TV3
Ustaz Zaki sangat kagum dengan Firdaus walaupun dia begitu tetapi dia rajin mencari pahala dan tidak mengambil kesempatan atas orang lain.
Dalam keadaannya sedemikian, ada segelintir anak-anak kampung menggelarnya “Firdaus GiLa”. Malah Firdaus juga sering diganggu oleh Leman, pemuda kampung yang nakal dan menggelarkan Firdaus “busuk”.
Suatu hari, Ustaz Zaki dan orang kampung tertanya-tanya mana kelibat Firdaus kerana sudah seharian tidak datang ke surau. Berita yang diterima kemudiannya membuatkan semua orang tersentak dan moga kehadiran insan istimewa seperti Firdaus menjadi satu pedoman untuk semua.
Pelakon : Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, Zara Zya, Fadhil Dani, Liza Othman, Jeff Hassan
Kisah Benar di sebalik telefilem Insan Terpilih
Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang jemaah sebuah surau di Klang, Selangor. Telatah Husien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.
Patutlah dah lama tak nampak Hussein, rupanya dia dah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Dia digelar ‘Husein Gila’ sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.
Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH bagi aku. Jadi jemaah tak boleh nak kata apa-apa.
Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? Orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus giginya.
Bila ditanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.
Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!
Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.
Last-last jemaah dan imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Hussein marilah solat sama?’ Ditempiknya jemaah tu. ‘Kan ALLAH kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! Subhanallah.
Siapa Husein ni sebenarnya? Yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.
Paling terkejut sekali Husein bebel-bebel. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dah nak Maghrib ni, aku jelah azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.
Subhanallah saat dia azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘pandai kau azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.
Saat jenazah Husien sampai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.
ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nampak dia gila tapi hakikatnya dia bijak. Kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.
Seminggu surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macam tu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahteraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan ‘Husein Gila’.
Kita ini terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.
Semoga menjadi iktibar buat kita semua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.
ALLAH pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.
Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kepada ALLAH yang haq. -Sumber-
Home»HIBURAN»Tonton Online Telemovie Isteriku Bukan Tukang Masak
Tonton Online Telemovie Isteriku Bukan Tukang Masak
Tonton Online Telemovie Isteriku Bukan Tukang Masak
Jom Saksikan Tonton Online Telemovie Isteriku Bukan Tukang Masak adaptasi cerpen dalam novel Melodi Cinta oleh Armisya Syamira. Lakonan Zara Zya, Ajak Shiro, Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, dan Wan Sharmila.
JUDUL : ISTERIKU BUKAN TUKANG MASAK
TARIKH / MASA : 20 Jun 2015 (Sabtu, 10.00malam)
SIARAN : Astro Prima dan Astro Maya HD
PENGARAH : Riza Baharudin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Ajak Shiro, Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifudin & Wan Sharmila
SINOPSIS ISTERIKU BUKAN TUKANG MASAK
Safirah telah dua bulan berkahwin dengan Zharif namun tidak pernah memasak untuk suaminya, menyebabkan mereka seringkali bergaduh. Keadaan mula berubah apabila Zharif mula kerap mengunjungi restoran yang dimiliki bekas teman wanitanya Hanna. Dapatkah hubungan mereka bertahan?
Tonton Online Filem The Flu. Live streaming The Flu. Salah satu filem dari Korea Selatan yang seakan-akan kena dengan situasi pandemik Covid-19 di dunia sekarang. Anda kena tonton filem ini.
Tonton Online Filem The Flu
Flu adalah filem bencana Korea Selatan 2013 yang ditulis dan diarahkan oleh Kim Sung-su, mengenai kejadian ketegangan H5N1 yang membunuh mangsa dalam masa 36 jam, membuang daerah Bundang di Seongnam, yang mempunyai populasi hampir separuh juta orang, menjadi huru-hara. Ia membintangi Jang Hyuk dan Soo Ae.
Tidak hairan lah jika filem ini pecah panggung semasa ditayangkan dan dicari kembali untuk ditonton pada tahun 2020.
Home»HIBURAN»Tonton Live Episod Akhir Nasi Kerabu Untuk Che Abe
Tonton Live Episod Akhir Nasi Kerabu Untuk Che Abe
Tonton Live Episod Akhir Nasi Kerabu Untuk Che Abe. Apakah yang akan terjadi kepada Faizul dan Shira hari ini? Apakah happy ending? Apakah pula yang dilakukan oleh sahabat Faizul iaitu Arman kepada Faizul?
Tonton Live Episod Akhir Nasi Kerabu Untuk Che Abe
Semua itu akan terjawab pada episod akhir Nasi Kerabu Untuk Che Abe jam 7.00 malam ini di TV3.
Sinopsis :-
Shira mendapati dirinya jatuh cinta pada Faizul, orang Kelantan dan dia bernasib baik kerana Faizul merasakan hal yang sama untuknya. Namun, Shira mula terancam oleh Sha yang memasak nasi kerabu sebaik ibu Faizul dan mereka sangat rapat. Sha cuba memecahkan Faizul dan Shira kerana dia mempunyai perasaan terhadap Faizul.
Shira, Yana dan Zetty, tiga gadis yang dikenali sebagai ‘awesome girls’ adalah antara gadis-gadis cantik di kolej. Di permulaan cerita mereka telah berselisih dengan pelajar master yang kacak dann menarik bernama Faizul. Ketiga tiga mereka terpegun tatapi semuannya hilang mood bila mula terdengar Faizul mula kecek kelate yang agak pekat. Faizul tidak pandai berdialek KL walaupun berkali-kali rakan baiknya Arman ajar.
Arman biarpun berbeza jurusan namun mereka sama-sama gila mencari duit dengan bisnes. Faizul lebih gemar menjual secara bersemuka berbanding dengan Arman yang menjual macam-macam secara atas talian. Shira, Yana dan Zetty tiggal bersama di rumah sewa, mereka bersahabat karib dan mereka pernah berjanji dan saling mencabar ‘no boy no love’ sehingga tamat pengajian. Mereka bertiga terkenangkan Faizul. Mereka memikirkan macam mana mereka nak mungkir janji yang dah dibuat
Bangun pagi nak pergi kerja keadaan tidak seperti biasa. Tiap-tiap pagi aku akan nampak tong sampah hijau yang diberikan oleh pihak Alam Flora berdiri megah tepi pagar depan rumah aku. Ternyata tong sampah tersebut telah hilang!!!!!! Aku ingat lagi masa tu 24/7/2013 bulan puasa. Lebih kurang seminggu lebih sebelum raya.
Aku dan isteri terkejut jugak la sebab benda macam tu pun boleh hilang.Tapi kami tak kisah sangat pun.Tak ada rezeki nak buat macam mana kan.Sampai la satu hari sabtu minggu lepas abang yang angkat sampah tu datang. Dia bagi tau yang dia orang tak kutip dah sampah kat rumah yang tak guna tong hijau Alam Flora tu.
Ah sudah guane ni? Aku call 1 800 88 7472 bukan 03-8000 8000 hey hey tau…aku tanya camne dan apa yang harus aku buat untuk dapatkan semula tong sampah baru. Dia terang kan kat aku A-Z so dah faham.
Dan baru je tadi aku setelkan masalah tersebut. Aku pergi balai polis buat report dan bawa salinan report ke stor Alam Flora dan aku dapat tong sampah baru yeyyyy!!!! Lepas ni aku nak sembur no rumah besar besar kat tong tu. No 10 kau rumah aku kalau jersi Malaysia no Safee Sali pakai tu hehehe..
Mudah mudahan tong sampah baru aku ni tak kena curi dah. Ye la kan sepatutnya 1 tu boleh tahan lama untuk diguna.Tak pasal-pasal aku dapat 2 la kira nya kan.
haha mula2 baca tajuk entry ni pun dah nak gelak.. bila baca entry phat ni rasa mcm tak percaya plak tong sampah boleh hilang, then kena report police plak.. hurmm apa2 pn inii semua procedure kann.. ?
psstt.. Phat, beli je rantai besi, sangkut kat pagar rumah phat tong sampah ijau tu utk keselamatan hehe
Tomok Dapat Anak Perempuan atau Baby Girl. Tahniah kepada penyanyi Tomok atas kelahiran seorang bayi perempuan yang juga anak ketiga beliau dan isterinya pada 4/6/2020.
Tomok Dapat Anak Perempuan
Menerusi perkongsian Tomok dilaman instagram beliau, Tomok menulis caption :
assalamualaikum semua..alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni. alhamdulillah terima kasih ALLAH..terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya. alhamdulillah
Tahniah diucapkan kepada Tomok dan isteri atas kelahiran baby yang comel ini.
Tolong Duduk Diam Diam Di Rumah – PM. Saudara-saudari sidang pembaca yang dihormati sekalian. Sudah pasti anda semua mendengar perutusan khas Covid-19 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia jam 8.00 malam tadi kan?
Tolong Duduk Diam Diam Di Rumah – PM
Saudar-saudari semua dengar tak kata kunci penting yang Perdana Menteri sebut? Berulang kali YAB Perdana Menteri kita sebutt. Tolong duduk di rumah diam-diam. Just stay at home.
“Tidak perlu keluar ke mana-mana, dengan cara ini anda terhindar daripada jangkitan COVID 19 dan penularan wabak ini InsyAllah dapat dibendung.
“Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan. Bukan untuk membolehkan anda balik ke kampun, penuhi jemputan kenduri, beli belah di pasar raya, bersiar di taman atau bercuti di tempat peranginan.
“Tujuan (Perintah Kawalan Pergerakan) ialah supaya anda duduk di rumah.
“Stay at home and protect yourself dan your family (Duduk di rumah dan lindungi diri anda dan keluarga),” katanya -BH-
Laa… tong sampah pun boleh hilang.
Tong sampah pun nak dicuri.Tula mentaliti rakyat malaysia. tah apa-apa.
haha mula2 baca tajuk entry ni pun dah nak gelak..
bila baca entry phat ni rasa mcm tak percaya plak tong sampah boleh hilang, then kena report police plak.. hurmm apa2 pn inii semua procedure kann.. ?
psstt.. Phat, beli je rantai besi, sangkut kat pagar rumah phat tong sampah ijau tu utk keselamatan hehe