Berita Viral Terkini - Page 136 of 147 - Berita Viral Terkini
Home » BERITA » Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri 2019 RM450

Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri 2019 RM450

Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri 2019 RM450. Seperti yang diumumkan pada pagi oleh YAB Perdana Menteri penjawat awam diberikan bonus aidilfitri. Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat PM ini maka segala teka-teki berapa kah jumlah RM yang akan diterima sudah pun terjawab.

Bantuan khas kewangan sempena hari raya aidilfitri 2019. Kerajaan bersetuju memberi bantuan sebanyak RM450.00 kepada 1.5 juta orang penjawat awam dari gred 56 dan ke bawah.

Pesara pula akan mendapat bantuan sebanyak RM225.00. Pembayaran bantuan khas kewangan ini akan dibuat pada 24 Mei 2019.

Check Also

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet  

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet. Tahukah anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Home » BERITA » Bantuan E-Wallet RM50 Dikreditkan Dalam MySejahtera

Bantuan E-Wallet RM50 Dikreditkan Dalam MySejahtera

Bantuan E-Wallet RM50 Dikreditkan Dalam MySejahtera. Anda sudah muat turun aplikasi MySejahtera ke telefon bimbit anda? Jika belum anda kena buat sekarang.

Bantuan E-Wallet RM50 Dikreditkan Dalam MySejahtera

Bukan hanya RM50 akan dikreditkan kepada akaun MySejahtera anda menerusi e-wallet (e-dompet) bermula Julai tetapi aplikasi ini memang banyak memberi kemudahan kepada kita.

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

Klik pautan di bawah ini untuk muat turun Aplikasi MySejahtera

<< Download MySejahtera Google Play Store >>

<< Download MySejahtera Apple Store >>

<< Download MySejahtera Huawei App Gallery >>

Check Also

Pra Sekolah Tabika Taska Beroperasi 1 Julai 2020  

Pra Sekolah Tabika Taska Beroperasi 1 Julai 2020

Pra Sekolah Tabika Taska Beroperasi 1 Julai 2020. Berita terbaru menerusi kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan) …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Home » Uncategorized » Banjir Di Pahang Semakin Teruk

Banjir Di Pahang Semakin Teruk

Semalam aku ada update berkenaan banjir di sekitar Pahang terutamanya di Kuantan. Hujan masih lagi tidak berhenti dan banyak kawasan rendah di sekitar Kuantan telah dinaiki air.

Maklumat dari family mertua aku rumah mereka di area BT 6 Jalan Gambang berhampiran Terus Maju juga telah dinaiki air kira-kira jam 8 pagi tadi. Penduduk sekitar juga dikatakan sudah mula menyelamat kan barang dan diri masing-masing.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

   

Tempat-tempat lain juga khabar nya telah dinaiki air dan ada beberapa jalan sudah tidak boleh dilalui kenderaan seperti Jalan Tanah Putih sebelum jambatan dan jalan gambang di persimpangan Gambang Resort.

Mari kita doa kan keselamatan kepada mereka yang terlibat dengan situasi banjir tidak kira di mana mereka berada. Mohon semua yang terlibat juga sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan. Lebih info mohon rujuk page FB Kuantan

Seri Damai Perdana BT 6 Kuantan

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020  

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

One comment

  1. jam 12 hujan makin lebat…
    air makin naik jawabnyer nie…
    smoga suma slamat bro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Home » Uncategorized » Banjir Di Kuantan Dua Beranak Dikhuatiri Lemas

Banjir Di Kuantan Dua Beranak Dikhuatiri Lemas

KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam Rabu.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.

Kedua-dua beranak itu, Jamal Ali, 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai ‘Megat’ berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam.

 

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun butiran lengkap mengenai kejadian itu masih belum diperoleh.
“Pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan mangsa terbabit,” katanya.

Bernama difahamkan kedua-dua beranak itu menggunakan bot fiber milik persendirian dan bukannya milik pasukan penyelamat bagi memindahkan barangan mereka.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang berkata Lipis menjadi daerah keenam dilanda banjir apabila 11 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.

Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 14,044 orang yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan.

Di Rompin, sejumlah 4,144 mangsa banjir ditempatkan di 13 pusat pemindahan, di Pekan 3,061 mangsa banjir di 13 pusat pemindahan, di Maran 1,005 mangsa di tujuh pusat pemindahan dan di Jerantut 130 mangsa di empat pusat pemindahan.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat 10 malam Rabu ialah 22,395 orang.

– BERNAMA

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online  

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

4 comments

  1. semoga kedua beranak tu selamat hendaknya

  2. mayat ayahnye dh jumpe.anaknye tak tau lg.al-fatihah..

  3. Kedua2nya masih belum ditemui.mereka adalah saudara saya..doakan yang terbaik.

  4. Kedua2nya masih belum dijumpai.mereka adalah saudara saya.doakan yang terbaik untuk mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Home » BERITA » Banjir Di Chennai India

Banjir Di Chennai India

Hujung tahun bulan November dan Disember memang musim tengkujuh bagi negara kita Malaysia. Tetapi admin tidak pasti pula bagi negara-negara Asia yang lain. Tahukah anda sekarang berlaku Banjir Di Chennai India. Dan situasi banjir di Chennai amat membimbangkan. Untuk maklumat lanjut berkaitan laporan Banjir Di Chennai India ini kita terus rujuk artikel dan laporan dari pihak Astro Awani di bawah ini. Untuk bencana Banjir Di Chennai India ini seluruh dunia menggunakan hastag #ChennaiRainsHelp.

Banjir Di Chennai India

KUALA LUMPUR : Situasi banjir di Chennai semakin membimbangkan berikutan hujan lebat tanpa henti sejak 24 jam lalu.Menurut beberapa portal antarabangsa, beribu-beribu penduduk tempatan terpaksa dipindahkan sekaligus menutup operasi perkilangan dan sekolah di beberapa kawasan terjejas.Lapangan Terbang Antarabangsan Chennai juga ditutup sementara waktu kerana dinaiki air akibat banjir.

Jumlah mangsa yang terperangkap di beberapa kawasan banjir semakin meningkat kerana tiada bantuan untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat.Bekalan makanan serta bekalan ubat-ubatan menjadi perkara yang paling mencabar pada masa ini, terutamanya bagi golongan tua dan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, rangkaian komunikasi di Chennai juga terganggu sehingga menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.Warga media sosial kini, pelbagai bantuan sedang dihulurkan menerusi hashtag #ChennaiFlood dan #ChennaiRainsHelp.Rata-rata penduduk di sekitar kawasan terjejas menggunakan hashtag ini untuk menyebarkan informasi berkenaan bantuan bagi mangsa-mangsa banjir.Antara bantuan yang dihulurkan ialah bantuan bekalan makanan, pakaian, perubatan, tempat tinggal serta tambahan nilai kad prepaid yang percuma.Foto dari AFB/PIB

 

Check Also

 

Padah Hina PM Najib Razak Di Facebook

Padah Hina PM Najib Razak Di Facebook seorang operator kilang dipenjara empat bulan oleh Mahkamah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Home » HIBURAN » Baju Jarang Nampak Pakaian Dalam Neelofa

Baju Jarang Nampak Pakaian Dalam Neelofa

Baju Jarang Nampak Pakaian Dalam Neelofa
Baju Jarang Nampak Pakaian Dalam Neelofa

Dengar cerita si pemenang Artis Paling Popular ABPBH 2015 baru-baru teruk dikecam peminat di Instagram beliau. Ini kerana isu Baju Jarang Nampak Pakaian Dalam Neelofa. Ada yang kata sampai nampak bra Neelofa. Tetapi tahukah anda kisah sebenar di sebalik isu Baju Jarang Nampak Pakaian Dalam Neelofa tersebut.

Ada satu komen yang datang dari bukan peminat Neelofa. Beliau telah menjernihkan keadaan tentang apa sebenarnya yang tukang-tukang komen ini nampak pada gambar tersebut. Menurut tulisan sebuah blog terkenal dianarashid.com penjelasan tentang gambar tersebut adalah seperti ini.

Saya ni bukan peminat Neelofa..Mungkin sebab muka dia yang sombong
tu..heheh..Tapi nak la betul kan penglihatan orang2 yang kata dia pakai
baju jarang tu.Kesian pulak di tuduh macam2..kalau tengok kat gambar
atas ni, bentuk baju dalam yang oranng dok nampak tu sebenarrnya bayang2
dari tudung yang dia pakai..Lepas tu  warna pink tu adalah pantulan
warna dari benda apa entah yang dia pegang tu -diana rashid-

Jadi kepada semua jelas bukan apa sebenarnya disebalik isu Baju Jarang Nampak Pakaian Dalam Neelofa tersebut. Kepada semua tukang komen selidik dulu bila artis ke kawan-kawan ke upload gambar di media sosial. Jangan main hentam je ?

 

Check Also

 

Biodata Profil Penyanyi Nomad

Biodata Profil Penyanyi Nomad. Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Nomad yang menyampaikan lagu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Home » SUKAN » Badrul Hisham Pecah Rekod Watson Nyambek

Badrul Hisham Pecah Rekod Watson Nyambek

Siapa sangka rekod 100 meter dalam acara pecut selama 17 tahun akhirnya berjaya dipecahkan oleh seorang atlit muda iaitu Badrul Hisham Manap. Untuk berita penuh berkaitan perkara ini jom kita sama-sama baca Badrul Hisham Pecah Rekod Watson Nyambek yang dipetik dari portal berita terkenal di Malaysia.

Badrul Hisham Pecah Rekod Watson Nyambek
Badrul Hisham Pecah Rekod Watson Nyambek (401)

Setelah 17 tahun rekod raja pecut Malaysia dalam acara 100 meter dipegang Watson Nyambek, akhirnya semalam rekod itu berjaya dipecahkan seorang lelaki Melayu, Badrul Hisham Manap.Badrul yang berusia 18 tahun telah berjaya mencipta rekod baru kebangsaan apabila merakam 10.29s dalam lariannya dan berjaya memenangi pingat emas di Kejohanan Sukan Sekolah Asean (ASG2015) di Bandar Sri Begawan (Brunei), semalam.

Pelari yang berasal dari Melaka ini berjaya memadamkan rekod Watson 10.30 saat yang dicipta pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia pada tahun 1998.Beliau tiba di garisan penamat acara riben biru diikuti rakan senegara Asnawi Hashim (10.71s) dan ketiga pelari Thailand, Worawut Salabal (10.87s).

Setakat ini Malaysia meraih dua pingat emas dalam acara renang, sekali gus menyaksikan kontinjen negara kini berada di kedudukan kedua di belakang Indonesia, dengan kutipan lima pingat emas, tiga perak dan satu gangsa. Tahniah diucapkan kepada pelari-pelari pecut negara dalam kejohanan ini kerana telah mengharumkan nama Malaysia.

Check Also

 

Live Streaming KL City FC VS Sabah FC

Live Streaming KL City FC VS Sabah FC 3 April 2021. Jom sama-sama semua peminat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Home » HIBURAN » Babak Censored Dia Isteri Luar Biasa

Babak Censored Dia Isteri Luar Biasa

 Sekarang tengah ditayangkan di TV3 drama Dia…Isteri Luar Biasa.Tahukah terdapat beberapa babak yang tidak dapat ditonton di tv anda? Pastinya anda terkejut apabila mendapat tahu tentang perkara ini bukan.Jadi admin kongsikan Babak Censored Dia Isteri Luar Biasa  tersebut untuk tontonan anda semua.Anda tidak boleh menonton babak tersebut di mana-mana TV.

Jadi jom kita layan video Babak Sensored Dia Isteri Luar Biasa  tersebut hanya di sini.Sebelum itu ini ada sedikit perkongsian tentang sinopsis drama tersebut yang dipetik dari phat.my.Jom kita sama-sama baca sebelum tonton Babak Sensored Dia Isteri Luar Biasa ini.

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat.Babak Censored Dia Isteri Luar Biasa

Babak Sensored Dia Isteri Luar Biasa

Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi.Babak Censored Dia Isteri Luar Biasa

Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar.Babak Censored Dia Isteri Luar Biasa

Macam mana terkono tak? Apa lagi jangan lupa share kepada sahabat anda.Jangan marah kita gurau ?

Check Also

 

Live Streaming Separuh Akhir Muzik-Muzik 35

Live Streaming Separuh Akhir Muzik-Muzik 35. Bagi peminat-peminat Muzik-Muzik 35 yang tidak dapat menyaksikan persembahan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Home » HIBURAN » Biodata Profil Azwan Ali Yang Dulu

Biodata Profil Azwan Ali Yang Dulu

Biodata Profil Azwan Ali Yang Dulu Bukan Yang Sekarang. Tiba-tiba sahaja nama Azwan Ali kembali menjadi sebutan minggu ini. Admin pun tidak pasti kenapa. Kontroversi apakah pula yang dicetuskan oleh Azwan Ali kali ini. Tetapi bukanlah itu yang ingin diperkatakan pada artikel kali tetapi mari kita lihat Biodata profil Azwan Ali Yang Dulu Bukan Yang Sekarang.

Biodata Profil Azwan Ali Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Pastinya golongan-golongan yang membesar dalam tahun 80 an mengenali Azwan Ali yang lama bukan Azwan Ali yang sekarang. Golongan-golongan muda sekarang pasti hanya mengenali Azwan Ali sebagai Diva AA. Tahukah anda bahawa Azwan Ali merupakan seorang host yang digilai ramai satu ketika dulu. Azwan Ali seperti hero-hero filem lain di Malaysia yang menjadi kegilaan gadis-gadis. Tetapi apakah puncanya beliau menjadi Diva AA hanya beliau yang mampu menjawabnya.

Jom kita lihat Biodata Profil Azwan Ali Yang Dulu Bukan Yang Sekarang.

Nama penuh: Mohamed Azwan bin Haji Ali

Tarikh lahir : 13 Februari 1966

Asal : Kampung Gate Baru Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Warganegara : Malaysia

Nama lain : Azwan Ali

Pekerjaan: Pelakon, pengacara TV

Tahun aktif : 1991 – kini

Ibu bapa : Ustaz Ali& Hajah Che Tom Yahaya

Saudara : Azmin Ali (Abang), Arpah Ali (Adik), Azman Ali (Abang), Umi Hafilda Ali (adik)

Tahukah anda bahawa Azwan Ali mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1991. Merupakan seorang pengacara popular di Malaysia. Adik beradiknya termasuklah abangnya yang juga Menteri Besar Selangor, Azmin Haji Ali, adiknya Ummie Hafilda Haji Ali dan Arpah Ali pakar motivasi. Dia terkenal dengan ungkapan “Ada aku kisah?” dan ‘Amboi amboi amboi…’. Selain itu juga Azwan Ali terkenal juga dengan nama manjanya AA atau Baby AA. Azwan Ali pernah berlakon filem Aku No. 1 arahan Aznil Nawawi.

p/s : tengok gambar Azwan Ali kat atas tu. Beza betul dengan sekarang kan? Tengok juga video di bawah ini

Check Also

 

Live Streaming Separuh Akhir Muzik-Muzik 35

Live Streaming Separuh Akhir Muzik-Muzik 35. Bagi peminat-peminat Muzik-Muzik 35 yang tidak dapat menyaksikan persembahan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Home » HIBURAN » Azwan Ali Didenda RM 17 Ribu

Azwan Ali Didenda RM 17 Ribu

Azwan Ali Didenda RM 17 Ribu. Azwan Ali atau turut dikenali sebagai Diva AA telah didenda sebanyak Rm17,000.00 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19, Selasa lalu.

Azwan Ali Didenda RM 17 Ribu
Azwan Ali Didenda RM 17 Ribu

Hakim Azura Alwi juga memerintahkan Azwan, 54, yang menggelar diri sendiri sebagai Diva AA, menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, mahkamah menasihatkan semua pihak supaya menghormati petugas yang berada di barisan hadapan dan bersama-sama menangani wabak COVID-19.

Terdahulu, Azwan Ali yang hadir berpakaian serba hitam, yang menggunakan laman Youtube “DIVAAATERSOHOR” didakwa secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain yang ditonton di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya di Putrajaya, 24 Mac lalu.

Penghantaran itu kemudian dilaporkan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, jam 4.59 petang, pada 25 Mac 2020.

Azwan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, sabit kesalahan boleh penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Azwan yang diwakili peguam bela daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ammanjeet Singh, dalam rayuannya memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan ia adalah kesalahan pertama selain sudah membuat permohonan maaf menerusi semua akaun media sosial miliknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Radzi Shah Ab Razak, membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan situasi sekarang di mana semua pihak harus belajar untuk menghormati mereka yang bekerja di barisan hadapan.

“Hantaran ini dikeluarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dibuat dan ia adalah perkara yang serius. Sekiranya berulang ia akan memberi satu impak yang tidak baik,” katanya.

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula 18 Mac lalu, mahkamah di seluruh negara ditutup dan hanya beroperasi untuk mengendalikan kes baharu, reman dan permohonan jaminan dengan kehadiran minimum.

Susulan itu, petugas media yang sudah berkumpul seawal jam 8 pagi tidak dibenarkan masuk ke perkarangan dan kamar mahkamah, sebaliknya hanya mendapat maklumat daripada pihak pendakwaan.

Rabu lalu, Azwan tampil memohon maaf menerusi rakaman video berdurasi 4 minit 16 saat yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Ia susulan tindakan Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang menjejaskan imej hospital itu dan kredibiliti kakitangan serta pegawai perubatan dalam mengendalikan COVID-19.

Dalam kenyataan itu, Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said, dilaporkan berkata, video pertama dipercayai milik seorang selebriti yang mempunyai impak tontonan tinggi.

Video kedua pula adalah dari saluran YouTube, milik seorang lagi selebriti yang memperkatakan dan menyokong isu dibicarakan oleh pemilik selebriti pertama.

Difahamkan video pertama milik penyanyi, Dayangku Intan dan kedua daripada Azwan Ali. -BH Online-

Check Also

Biodata Profil Alya Iman Azmil Mustapha  

Biodata Profil Alya Iman Azmil Mustapha

Biodata Profil Alya Iman Azmil Mustapha. Pastinya anda seakan mengenali pelakon muda berhijab ini tetapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.